memang terbaek… !
Posts tagged tauhu sumbat
SAMSUNG GALAXY TAB 10.1 DI INDONESIA
Jul 11th

Aku tak tau apasal Indonsia menjadi negara pertama di Asia yang menjual Samsung Galaxy Tab 10.1 secara rasmi, biasanye Singapura menjadi tempat perasmian gadget² terkini di Asia kononnye la.. Apa yang menariknya Samsung Galaxy Tab sold out 7 jam selepas pelancarannya. Memang penangan hebat jugak gadget ni.. korang tengok jerlah gambar kat atas ni beratur panjang tu dan ada juga yang bermalam kat situ. Kenape ek… Continue reading “SAMSUNG GALAXY TAB 10.1 DI INDONESIA” »
PROTON INSPIRA KENE TEMBAK [VIDEO]
Jul 10th
Gempak tak tajuk tauhusumbat kali ni.. hehe.. Aku terjumpa satu video di youtube mengenai Proton Inspira ditembak oleh seorang budak bagi menghilangkan bosan.. biar betul. Video bertajuk INSPIRA BERLUBANG yang berdurasi selama 45 saat ni merupakan sebuah video dari negara kita Malaysia yang aku rasa budak belasan tahun jer ni yang buat ni.. yang menggunakan nama ‘mengetard’s‘ sebagai nama channel di youtube. Gempak jugak video ni bagi akulah yang tak tau apa² pasal video editing dan bagi org lain tak taula. Kagumla budak² sekarang ni.. Ape pendapat korang…
NOVEL | BUKAN KERANA SAYANG [VIDEO]
Jul 8th
Novel yang best dalam tauhusumbat pada kali ni bertajuk BUKAN KERANA SAYANG emm macam tajuk lagu pun ader kan². Novel ni terbitan Alaf 21 dan hasil nukilan Amiza Anaz

Bukan kerana sayang mengisahkan Qaireena Asyikin yang telah dikianati cintanya oleh Johan telah membawa hati yang terluka selama 6 tahun tanpa seorang lelaki sebagai kekasih. Hatinya telah menjadi beku setelah Johan berpaling tadah apabila memilih kakaknya Qairun Annesa sebagai isteri walaupun cincin tanda telah tersarung dijari manis Qaireena.
Johan yang dipertemukan dengan Qaireena di dalam sebuah bas telah melahirkan rasa cinta di hati Johan. Cinta Johan mungkin miliknya apabila dia tersalah mengambil beg Qaireena apabila sampai ke destinasi iaitu Ipoh Perak. Qaireena yang berada di kampungnya iaitu di Kuala Kangsar, mulai menyedari bahawa begnya kepunyaan seorang lelaki yang bernama Muhammad Johan berdasarkan name card yang berada di dalam beg tersebut. Continue reading “NOVEL | BUKAN KERANA SAYANG [VIDEO]” »
NOKIA N9 REVIEW [VIDEO]
Jul 7th

Nokia, jenama handphone yang gah pada masa dulu kini agak suam² kuku berbanding kehebatan handphone daripada jenama terkemuka seperti Apple, Samsung, LG, Sony dan motorola. Kini bagi tahun 2011 Nokia telah melancarkan smartphone terbaru iaitu NOKIA N9 yang dikatakan satu² hp terkini dari Nokia yang mampu menandingi smartphone yang sedia ada dipasaran. Ada apa dengan Nokia N9 ? yuk layan. Continue reading “NOKIA N9 REVIEW [VIDEO]” »
SAMSUNG GALAXY TAB 10.1 [VIDEO]
Jul 5th

Gadget bagi kategori tablet PC dari samsung ni memang menjadi pujaan hati ku. Aku minat gak kat Ipad 2 tapi naluri aku lebih terarah kat Samsung Galaxy Tab 10.1. Samsung Galaxy Tab 10.1 merupakan adik kepada samsung Galaxy Tab sedia ada. Tak kisahlah apa orang nak kata, aku memang nak sebat Samsung Tab 10.1 ni.
Samsung Galaxy Tab 10.1 baru jer dilancarkan untuk pasaran US pada bulan lepas tapi untuk pasaran malaysia takde lagi, kalau ada pun di pasaran gelap yang dijual pada harga paling murah setakat ni ialah RM 1,999 untuk Samsung Galaxy Tab 10.1 16GB Wifi manakala bagi pasaran terang tak tau lagi bila. Continue reading “SAMSUNG GALAXY TAB 10.1 [VIDEO]” »
NOVEL | ANAKNYA ANAKKU JUA
Jul 5th

Banyak la plak bahan daripada hantu novel aku ni. Aku sendiri pun tengah termengah² nak cari bahan nak tulis dia dah siap sinopsis satu novel. Bagi tak menghampakan sidia tauhusumbat persembahkan untuk korang novel yang bertajuk ANAKNYA ANAKKU JUA coretan Anarif daripada penerbitan Kaki Novel.
Anaknya anakku jua membawa anda kepada pengorbanan seorang gadis bernama Nisa’ yang sanggup mengorbankan masa depannya kerana seorang anak. Apakah perasaan anda sekiranya anda terpaksa memelihara anak bekas kekasih anda? Itulah yang perlu ditangani oleh Nisa’. Dia telah diamanahkan oleh bekas kekasihnya ‘Badri’ untuk menjaga anaknya Hana yang yatim piatu. Daniel tidak boleh menerima kehadiran Hana di antara dirinya dan Nisa”.
Padanya, bayangan Badri dalam bentuk Hana menggugat kasih sayang Nisa’ terhadapnya. Tertekan dengan sikap tidak matang Daniel, Nisa’ nekad memutuskan cinta mereka. Dia pasrah dengan kehendak takdir kerana sayangnya pada Hana mula menggebu. Hana adalah keutamaannya. Anaknya Anakku jua membawa erti yang besar kepada Nisa’. Continue reading “NOVEL | ANAKNYA ANAKKU JUA” »
NOVEL | YANG KU CARI
Jul 5th
Sebenarnye banyak novel yang best² kat pasaran sekarang ni yang telah menjadi koleksi aku,. Tapi aku akan dulukan mana² yang paling best untuk aku review sinopsis buat tatapan korang. Novel kali ni daripada penulisan Mimie Afinie daripada terbitan Karnadya yang bertajuk ÝANG KUCARI.
Yang ku cari mengisarkan hubungan kekeluargaan antara melayu dan cina di mana gadis yang bernama Aryana merupakan kacukan melayu cina. Mamanya merupakan seorang mualaf yang cuba mencari perlindungan daripada kawan baiknya iaitu seorang yag beragama islam. Tuan Goh iaitu baba kepada mamanya @ Soraya sangat konservatif terhadap agama dan tidak dapat menerima bahawa anaknya memeluk agama Islam. En Khalid iaitu abah Ariyana telah berkahwin dengan Soraya tanpa pengetahuan isteri pertamanya iaitu mama Izan @ Afizan. Continue reading “NOVEL | YANG KU CARI” »







