Aku umpama matahari..Dan kau

umpama bunga..Aku akan terus

memberikan cahaya kepada kau

untuk terus mewangi…

 

 

 

 

 

 

MARIAM QISTINA BINTI TAN SRI MOHD JAMIL…secantik namanya, seindah rupanya tetapi dalam derita. Mariam Qistina dan Mariam Irdina menjadi yatim piatu apabila kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan ke Johor Bahru atas urusan kerja.

Sebelumnya dia hidup bagaikan seorang puteri dengan kemewahan dan budi pekerti yang dimiliki. Hidupnya serba lengkap dengan kedua ibu bapa yang menyayanginya. Semuanya hilang sekelip mata apabila trajedi itu terjadi, bagaikan sebuah mimpi ngeri buat Qistina. Episode dukanya bermula apabila pak longnya Sahak mengambil alih hak penjagaan ke atas hartanya dan dirinya kerana Qistina masih di bawah umur. Semasa papanya masih hidup, pak longnya bekerja di bawah arahan papanya dan layanan terhadap Qistina amat sempurna. Ternyata semuanya hanyalah palsu belaka. Semuanya angkara tamakkan harta. Continue reading “NOVEL | ANTARA DENDAM & RINDU” »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...