memang terbaek… !
Posts tagged novel melayu
NOVEL | CHAN RAK TER…AKU CINTA KAMU
Mar 29th
Posted by HANTUNOVEL in NOVEL | 1,973 views
Hasil Karya Sara Aisha, keluaran Karyaseni.
Mampukah cinta ini bertahan pabila nyawa yang menjadi galang gantinya?
Best!best! best!
Dian Damia seorang pengarang novel. Dia anak yatim piatu dan bergerak bebas dalam menyiapkan karyanya. Dia telah ke Thailand untuk mencari ilham bagi novel terbarunya. Secara tidak sengaja dia telah berjumpa dengan Karn Klaharn Thanasukolwit di hotel penginapannya.
Karn Klaharn merahsiakan identitinya iaitu seorang bangsawan Thailand yang sangat kaya. Dia sangat sweet!hihihi…Dian sering dikacau sehingga mereka menjadi kawan.
Dian dan Karn keluar bersama tanpa Karn sedari bahawa mereka telah diekori. Karn dan Dian telah diculik…………… Continue reading “NOVEL | CHAN RAK TER…AKU CINTA KAMU” »
NOVEL | KURNIA UNTUKKU
Mar 28th
Posted by HANTUNOVEL in NOVEL | 1,188 views
Karya Liz Haliza, keluaran Penulisan2u.
Saat aku rebah, kau datang menyambutku. Aku lihat sinar cinta di matamu, hatiku terus terpaut. Sesungguhnya …….kau kurnia untukku!
HADFINA HAIFA secantik namanya. Sudah berkahwin dengan Zain selama 2 tahun tetapi masih belum dikurniakan seorang anak. Mereka berkahwin atas suka sama suka walaupun ramai yang tidak bersetuju dengan pilihan Fina. Ini kerana Zain seorang yang panas baran sehingga sanggup memukul. Memang dayusssss!
Angkara prasangka dan sikap panas baran Zain, Fina diceraikan dengan talak tiga. Fina dituduh curang oleh Zain apabila Fina dilihat dihantar pulang oleh bosnya. Fina bagaikan orang gila bila Zain tak percayainya dan terus dicerai tanpa usul periksa. Zain memang kuat cemburu sehingga mengongkong hidup Fina.
Zain yang terlajak kata mula menyesal dan mendesak Fina untuk kembali bersatu. Imposible…imposible..talak 3 tu. Continue reading “NOVEL | KURNIA UNTUKKU” »
PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH
Feb 20th
Posted by HANTUNOVEL in NOVEL | 2,476 views
PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.
Hanan dijaga oleh Datin Zaleha sebagai anak angkat setelah ibunya yang bekerja sebagai orang gaji di rumah Datin tersebut meninggal dunia.
Amir yang turut tinggal di banglo Datin Zaleha juga anak angkat. Dia bekerja sebagai peguam syariah. Hanan menganggap Amir sebagai abang kandungnya.
FAREEZ…anak tunggal kepada Datin Zaleha dan berkelulusan luar Negara. Kacak tapi sudah terpesong jauh dari landasan agama. Hanan dan Fareez bagaikan langit dan bumi. Hanan dan Fareez bagaikan orang asing walaupun tinggal di dalam banglo yang sama. Continue reading “PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH” »
NOVEL | THE WEDDING BREAKER
Jan 14th
Posted by TAUHUSUMBAT in NOVEL | 6,106 views
Seperti yang telah kami ura-urakan, sinopsis yang tak seberape bertajuk THE WEDDING BREAKER oleh penulis Evelyn Rose, keluaran Karyaseni

ARIANA ROSE BINTI HUSSEIN dan TENGKU ADAM KAMIL BIN TENGKU MUKHRIZ.
Ariana Rose seorang yang sangat cantik,berpendidikan luar Negara dan menarik ramai perhatian orang sekelilingnya tapi dia hanyalah seorang gadis biasa. Ibubapanya telah bercerai dan mempunyai keluarga masing2.
Tengku Adam Kamil pula so hensem,dari golongan berada, setiap gadis ingin berdampingan dengannya tapi dia kurang didikan agama, sering bertukar pasangan, minum arak dan lepak di kelab2 malam adalah perkara biasa baginya. Keperibadian Ariana dan Tengku Adam bagaikan langit dan bumi.
Tanpa diduga mereka berdua telah diketemukan dalam satu majlis yang telah mengaibkan keluarga Tengku Mukhriz….jom follow…..hihi Ariana yang bekerja sebagai pegawai kerajaan telah diminta oleh Tengku Juwita untuk merosakkan majlis perkahwinannya. Ariana yang terhutang budi dengan Tengku Juwita yang pernah menolongnya telah menerima tawaran Tengku Juwita. Juwita akan dikahwinkan dengan Tengku Adam yang kasanova atas wasiat nenda mereka. Sape nk beb.

Ariana telah datang pada majlis kahwin tersebut dengan menyamar sebagai bekas kekasih Adam yang telah dibuntingkan. Siap bawa bukti lagi gambar Adam semasa tengah berpoya2 dengan ramai gadis yang berlainan. Terkena kau Adam. Perkahwinan itu telah dibatalkan dan keluarga Tengku Mukhriz malu besar.
Continue reading “NOVEL | THE WEDDING BREAKER” »
NOVEL | HATIMU MILIKKU
Jan 3rd
Posted by TAUHUSUMBAT in NOVEL | 1,771 views
Novel Hatimu Milikku penulisan Eliza Ab memang tebal. Total muka surat ambik ko 1065. Sebenarnya ni novel ni dah lamer giler beli tapi tak berkesempatan nak baca. Sekarang ni lah bru ader free skit. Korang semua mesti dah layan kan..
So tak tau lagi sama ada nak review ke tak lepas abis baca nanti.. apa pendapat korang nak review ke tidak.. maner yang dah baca tu ssshhhsss jangan bagi tau ending okay…

Continue reading “NOVEL | HATIMU MILIKKU” »
NOVEL : 2ND HAND NOVEL UNTUK DIJUAL
Jan 3rd
Posted by TAUHUSUMBAT in NOVEL | 3,932 views
TAUHUSUMBAT menerima email daripada azlinnoriah@gmail.com yang ingin menjual novel terpakai miliknya.. Bukan apa katanye hanye nak mengosongkan ruang. Semua adalah koleksi peribadi beliau dan masih lagi berkeadaan baik. Ada katanya baru baca sekali sahaja.
Jika berminat sila email direct kepada beliau dan korang boleh bincang selanjutnya. Harga tidak termasuk pos dan untuk pembelian borong boleh jugak.. terbaek
Urgently need the space now =( katanye lagi..
List buku yang nak let go memang banyak giler.. Continue reading “NOVEL : 2ND HAND NOVEL UNTUK DIJUAL” »
NOVEL | CURI – CURI SUKA
Jun 4th
Posted by TAUHUSUMBAT in NOVEL | 7,442 views
Antara novel yang terkini dipasaran, tak sempat baca lagi. So takderla sinopsis yang sempat saya tulis, so copy je yang kat kulit belakang novel ni.. Pada sesiapa yang dah baca commentla sikit.. best x.. ?
**************
“Walaupun dibuang ibu dan kakak kandung, Wisya tabah berdepan dengan apa jua rintangan. Dengan titik peluh dan sokongan kawan-kawan, dia berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah. Insiden jatuh tangga di perpustakaan membuatkan dia malu bertahun-tahun.
Apatah lagi disaksikan pula senior bernama Daniel dan Ezroy yang langsung tidak pernah dikenalinya. Sejak detik itu, dia asyik terserempak dengan mereka. Daniel suka menyapa. Ezroy pula suka memerli. Rimas dia dibuatnya. ‘Malapetaka’ makin menjadi-jadi apabila pada cuti semester itu dia bekerja sementara sebagai guru tuisyen di sebuah rumah.
Rupa-rupanya rumah itu kediaman keluarga Ezroy! Berdepan dengan lelaki itu memang menyakitkan hati. Ada sahaja yang hendak digaduhkan.Berbeza betul dengan kembar lelaki itu. Ezril berbudi bahasa dan baik pekertinya”
Tajuk : Curi-Curi Suka
Penulis : Liyana Zahim
Harga : RM21.00
ISBN : 978-983-124-777-8
Mukasurat : 512
INFO | ANUGERAH PILIHAN PEMBACA POPULAR – BERITA HARIAN 2012!!
Jun 4th
Posted by TAUHUSUMBAT in INFO | 1,344 views
Dah lamer giler tidak update blog, sibuk memanjang. TAUHUSUMBAT terpanggil nak bagi info tentang ANUGERAH PILIHAN PEMBACA POPULAR – BERITA HARIAN 2012!! Undian telah bermula pada 1 JUN 2012 – 1 Julai 2012. Anda boleh membuat undian terus melalui online di laman web www.popular.com.my/www.bookfestmalaysia.com sekarang!!!.
5 novelis cun melecun ni merupakan antara novelis daripada terbitan KAKI NOVEL yang terpilih yang merupakan novel-novel terhangat.
So.. berilah sokongan kepada penulis novel pilihan anda. Nanti saya ushar lagi sapa lagi yang terpililh daripada produksi penerbitan yang lain pula.
Info Tambahan : Kategori fiksyen menyenaraikan 7 Hari Mencintaku (Siti Rosmizah), M.A.I.D (Suri Ryana), Cinta Kontrak (Nurul Ain Syuhada), Uda & Dara (Aisya Sofea), Doktor Cinta (Dyadila), Yes Boss! (Areila Sahimi), Tuan Rumah Punya Pembantu Rumah (Orkid Edyliyne), Akulah Cinderella (Nozi Danisya), Hati Bila Cinta (Lynn Allyna) dan BisikBisik Gelora (Fauziah Ashari).











