memang terbaek… !
Posts tagged novel keluaran karya seni
NOVEL | CHAN RAK TER…AKU CINTA KAMU
Mar 29th
Posted by HANTUNOVEL in NOVEL | 2,042 views
Hasil Karya Sara Aisha, keluaran Karyaseni.
Mampukah cinta ini bertahan pabila nyawa yang menjadi galang gantinya?
Best!best! best!
Dian Damia seorang pengarang novel. Dia anak yatim piatu dan bergerak bebas dalam menyiapkan karyanya. Dia telah ke Thailand untuk mencari ilham bagi novel terbarunya. Secara tidak sengaja dia telah berjumpa dengan Karn Klaharn Thanasukolwit di hotel penginapannya.
Karn Klaharn merahsiakan identitinya iaitu seorang bangsawan Thailand yang sangat kaya. Dia sangat sweet!hihihi…Dian sering dikacau sehingga mereka menjadi kawan.
Dian dan Karn keluar bersama tanpa Karn sedari bahawa mereka telah diekori. Karn dan Dian telah diculik…………… Continue reading “NOVEL | CHAN RAK TER…AKU CINTA KAMU” »
NOVEL | KAMPUNG GIRL
Jan 27th
Posted by HANTUNOVEL in NOVEL | 18,914 views
Penulis oleh Umi Kalsom, keluaran Karyaseni
Dalam banyak-banyak perempuan dalam Malaysia ini, kenapa budak kampung itu juga yang jadi pilihan hati mummy?!
PERKAHWINAN yang diatur oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila mengetahui siapa calon yang disebut oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampong itu?! Tidak mungkin.
Hahahah Ashraf Khairi sepupu dengan Ainnur dan sejak kecik lagi dia memang tidak sukakan Ainnur. Hanya kata cacian dan kutukan sahaja yg keluar dari mulut Ashraf bile bersama Ainnur. Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekan Ashraf telah menerima pinangan dari mummy Ashraf. Dia ingin mengajar Ashraf yang sombong dan bongkak ni.
Identitinya yang belajar hingga keluar Negara dan bekerja sebagai cikgu bahasa inggeris di rahsiakan dari pengetahuan Ashraf. Dia ingin Ashraf jatuh cinta pada budak kampong yang dikatakan kolot dan tiada pendidikan. Dia berpakat dengan bakal mentuanya Puan Mazlin… Continue reading “NOVEL | KAMPUNG GIRL” »
NOVEL | SUAMI YANG KUBENCI
Nov 19th
Posted by HANTUNOVEL in NOVEL | 14,461 views
Novel terbaru keluaran Karya Seni yang ditulis oleh E-Man Sufi.
“Seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya,
tetapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai….”
Hannah Maryam, secantik wajahnya tapi sayangnya….cantik itu hanya pada wajah, bukan pada hati!Dia seorang yang terlalu bangga dan sombong dengan kemewahan yang dimilikinya dan sering merendahkan golongan miskin. Orang yang sering diherdik dan direndahkan martabatnya adalah SUAMinya sendiri UWAIS UKASYAH. Uwais tiada harta tapi kaya dengan kesabaran. Ermmmm agak hensem dengan dua lesung pipit di kiri dan kanan pipinya. Sweet gitu haaaaa….
Hannah sebagai CEO di syarikat milik keluarga sentiasa berbangga diri dengan kemewahannya. Uwais pula hanya sebagai penjual burger. Hannah telah dipaksa kahwin oleh atoknya dengan Uwais bila tunangnya Tengku Muiz telah ditangkap basah seminggu sebelum tarikh kahwin mereka. Pangkat CEO akan ditarik jika Hannah enggan mengikut arahan atoknya. Hannah di bawah jagaan atoknya bila ibubapanya terlibat dalam kemalangan. Hahahaah memang jodoh Hannah dan Uwais…best…best.. Continue reading “NOVEL | SUAMI YANG KUBENCI” »








