memang terbaek… !
INFO
RAHSIA BABY PANDAI BACA
Jan 13th
Mahukan bayi anda cerdik ? Bayi menjadi cerdik apabila menadapat banyak rangsangan daripada ibu bapa & persekitaran.Terdapat pelbagai teknik dan kaedah merangsang bayi bertujuan untuk mengoptimumkan keupayaan dan kebolehan mental bayi . Rangsangan melalui aktiviti bermain, bersenam, komunikasi dan lain-lain lagi.Pelajari bagaimana merangsang bayi agar menjadi pintar dan matang serta mampu menerima pengajaran dengan pantas!Semua kaedah merangsang bayi terdapat dalam ebook RBPB.
Berikut adalah kelebihan / keistimewaan yang terdapat dalam ebook RBPB yang saya maksudkan:
1.Satu kaedah mengajar yang mudah yang boleh dilakukan oleh semua orang di rumah.
2. Satu kaedah mengajar yang murah di mana bahan-bahan yang disarankan boleh dibuat sendiri tanpa memerlukan perbelanjaan banyak.
3. Satu kaedah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa atau sesiapa sahaja ahli keluarga yang dapat mengeratkan kasih sayang antara anak dan ahli keluarga.
4.Jika dipraktikkan dengan betul,anak anda akan dapat membaca pada usia 1 atau 2 tahun. Dengan cara ini anda tak perlu menghantar anak anda ke kelas Tadikan/Taska untuk memberi pendidikan awal.
5.Kelebihan anak-anak yang dapat membaca awal , mereka menjadi lebih bijak dan sangat matang berbanding dengan kanak-kanak lain yang sama usia dengannya.
6.Anak-anak yang cepat membaca lebih pandai mengurus diri mereka dengan melakukan aktiviti membaca tak kira masa.
7.Anak-anak ini tak banyak ragam atau kerenah yang bukan-bukan kerana masa terisi dengan baik dan juga kerena mereka lebih matang.
8.Panduan mengajar dan menguji seta prinsip-prinsip yang berkaitan dengannya diberi untuk memudahkan proses pengajaran dan memastikan keberkesanannya.
BELI JANGAN TAK BELI… TAUHUSUMBAT SUDAH ANDA BILA LAGI.. BABY PANDAI BACA
INFO | 2013
Jan 1st
RUSUHAN DI LONDON
Aug 9th

Bahaya gila.. atas apa yang berlaku kat kota London sekarang ni.. aku pun baru tau malam ni apabila menonton berita.Rusuhan ini sudah berlarutan selama 3 hari. Sehinggakan ada pelajar Malaysia tahun satu cedera sehingga perlu dibedah dibahagian rahang. Bukan setakat itu juga, pelajar tersebut turun dirompak.
Rusuhan ini bermula apabila masyarakat England terutama golongan remaja tidak berpuas hati dengan tindakkan polis menembak mati seorang lelaki bernama Mark Duggan disyaki pengedar dadah dan juga anggota kongsi gelap London yang berada didalam teksi dalam konfrontasi bersenjata di Tottennham. Siapa Mark Duggan..

Mark Duggan (15 September 1981 – 5 August 2011)
Continue reading “RUSUHAN DI LONDON” »
BUKA PUASA @ SEKINCHAN IKAN BAKAR
Aug 5th

Hari ni, aku sekeluarga berbuka puasa kat Restoran Sekinchan Ikan Bakar cawangan Johor Bahru untuk pertama kali. Tempat memang happening.. diiklankan sebagai tempat makan bertaraf 4 bintang.
First yang aku perasan ialah signboard gempak.. besar tu.. bertemakan SEGAR.SEDAP.HALAL. Jomla ushar sikit apa yang aku buat kat Sekinchan Ikan Bakar Continue reading “BUKA PUASA @ SEKINCHAN IKAN BAKAR” »
MENENTUKAN 1 RAMADHAN SECARA RUKYAH & HISAB
Jul 30th

Yeah.. Ramadhan datang lagi.. Aku nak tanya korang.. macamana permulaan puasa bagi umat Islam ditetapkan.. ? mesti korang jawab “tengok anak bulan” kan².. YA BETUL tapi sebenarnya cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab yang telah diamalkan oleh Majlis Raja-Raja Malaysia. Apa itu Rukyah dan Hisab.. jom kita dalami dan pelajari serba sedikit supaya kita benar² faham apa yang kita kerjakan dan amalkan.
Menentukan Awal Ramadhan Secara Rukyah
Berdasarkan petunjuk daripada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam-, awal Ramadhan ditentukan dengan melihat hilal (anak bulan) secara langsung atau dengan kesaksian satu orang yang balig, berakal, muslim, dapat dipercaya dan mampu menjaga amanah yang melihat secara langsung. Apabila hilal ini tidak terlihat atau tidak ada kesaksian dari satu orang kerana mendung atau tertutupi awan, maka bulan Sya’ban disempurnakan (digenapkan) menjadi 30 hari.
Continue reading “MENENTUKAN 1 RAMADHAN SECARA RUKYAH & HISAB” »
RESULT MALAYSIA VS SINGAPURA (2ND LEG)[VIDEO]
Jul 28th
Biasala adat perlawanan ada yang kalah dan ada yang memang.. tapi apasal Malaysia yang kalah pulak ni.. aden kecewa tau. Permainan yang hampir sama.. pertahanan dan tengah sayur.. nak harapkan Safiee seorang payahlah.. Khairul Fahmi goalkeeper Malaysia memang terbaek. Kad merah memang wajib ker untuk pemain Malaysia setiap perlawanan.. ? eemm.. Tahniah juga kepada Singapura kerana permainan dan lakonan yang cukup baik 2 THUMBS UP. Terima Kasih juga kepada semua rakyat Malaysia terutama yang berada di stadium, korang memang sporting. Kesimpulannye…
Malaysia (1) vs Singapura (1)
Penjaring – Safee Sali (min.57), Syi Jiayi (min.71)
Singapura layak ke peringkat seterusnya pada agg Singapura (6) dan Malaysia (4)
THE END
KERAJAAN BAYAR PAMPASAN – KES KETUK KETAMPI BOGEL
Jul 28th

(MAKCIK KAYO)² hehe… korang ingat lagi tak kes seorang tahanan perempuan bernama Hemy yang dirakam kelakuannye ketika di suruh ketuk ketampi secara berbogel di polis di balai Petaling Jaya pada tahun 2005. Kecoh masa tu, video tersebar satu dunia tentang keburukan tindakan pihak polis yang bukan sahaja menghina tetapi mencabuli hak asasi manusia serta tidak dapat diterima mengikut Islam.
Malu beb.. saman tetap saman.. Hemy memfailkan saman dengan menamakan Mohd Dzulfatah Saari (ketika itu berpangkat konstabel), yang didakwa membuat rakaman berkenaan ketika dia sedang melakukan ketuk-ketampi dalam keadaan berbogel, dan kerajaan selaku responden pada tahun 2005, menuntut pampasan sebanyak RM10 juta dan berkata apa yang berlaku “adalah tidak adil” kepada dirinya kerana dimalu sedemikian di khalayak umum.. Giler banyak tu habis semua duit cukai korang huhu.
Penderitaan Hemy yang kini berusia 28 tahun, berakhir apabila mereka yang bertanggungjawab dan kerajaan bersetuju membayar pampasan. Peguam Baljit Singh yang mewakili Hemy memberitahu bahawa anak guamnya bersetuju menyelesaikan kes itu di luar mahkamah berikutan cadangan oleh responden serta kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mengumumkan jumlahnya.
Pada Januari 2006, kerajaan meluluskan peraturan melarang tahanan untuk dibogelkan untuk membuat ketuk ketampi dan mencangkung. Bagaimanapun sehingga hari, pihak berkuasa masih meneruskan amalan ketuk ketampi sambil berbogel bagi mencari dadah atau barangan lain yang disembunyikan di bahagian tertentu tubuh seseorang.










