memang terbaek… !
GADGET
INFO iPHONE 5 BOCOR [VIDEO]
Aug 12th

Ni yang paling latest info pasal iphone 5 telah bocor. Segala maklumat dan gambar terkini iphone 5 telah tersebar apabila seseorang telah menjumpai link tersembunyi mengenai iphone 5 di laman web rasmi Apple.
Di sini telah dapat dipastikan mengenai rekabentuk terbaru serta semua teknikal spec mengenai gadget ni.. seperti rekabentuk yang terbaru, menggunakan chip A5 seperti ipad 2, 8 megapixel camera dan banyak lagi.
Kesahihan video ni tak dapat dipastikan lagi tapi jika apa yang dipaparkan adalah benar, maka tiada lagi rahsia mengenai iphone 5.. cuma menunggu hari pelancaran dan penjualan rasminya sahaja. Tunggu apa lagi jom saksikan video yang paling hangat… Continue reading “INFO iPHONE 5 BOCOR [VIDEO]” »
SAMSUNG GALAXY S II WHITE EDITION
Aug 3rd

Samsung Galaxy S 2 adalah telefon yang paling nipis di dunia setakat ini. Dan selepas kejayaan jualan yang berjuta pada keluaran pertama pada bulan Mei 2011 yang lalu. Kini Samsung akan mengeluarkan Samsung Galaxy S 2 berwarna putih pada bulan September 2011 ini. Orang ramai kini mempunyai pilihan untuk memilih galaksi kegemaran mereka di antara dua warna iaitu hitam dan putih. Kini terpulang kepada korang , warna apa yang menjadi pilihan kalbu.
Ada kajian telah dilakukan bahawa sebahagian besar, orang masih memilih telefon berwarna hitam kerana penampilan warna yang selamat dan lebih mudah dijaga. Kebanyakannya wanita dan remaja yang lebih suka telefon yang berwarna selain warna hitam.
Continue reading “SAMSUNG GALAXY S II WHITE EDITION” »
REKABENTUK iPHONE 5
Aug 3rd
Salam Ramadhan untuk semua. Sekarang ni kecoh dunia gadget tentang produk terbaru daripada Apple iaitu iphone 5. Khabarnye iphone 5 akan berada dipasaran pasa bulan 9 seperti dalam post aku yang lepas.. Maner yang tak baca lagi jom baca di sini. Apa yang menjadi perbualan sekarang.. Bagaimanakah rekabentuk iphone 5.

Dikatakan iphone 5 hanya akan menaik taraf iphone 4 yang akan diberi nama iphone 4S. Tetapi banyak sumber² yang boleh dipercayai memperkatakan iphone 5 akan mengunakan rekabentuk yang terbaru, lebih nipis dan ringan. Baru² ini telah tersebar gambar untuk casing bagi iphone 5 yang telah dikeluarkan oleh sebuah kilang di China. Ini adalah sama perkara yang terjadi kepada ipad 2 di mana casingnya telah berada dipasran beberapa bulan lebih awal sebelum penjualan rasmi ipad 2.
Continue reading “REKABENTUK iPHONE 5” »
NEW MACBOOK AIR [VIDEO]
Jul 23rd
Apple baru jer melancarkan MacBook Air yang terbaru. Produk terbaru daripada Apple ini akan menjadi saingan kepada Notebook daripada samsung iaitu SAMSUNG NOTEBOOK SERIES 9 yang aku cerita sebelum ni. MacBook Air kali pertama telah diperkenal pada tahun 2008 dan telah dikenali sebagai ’World’s Thinnest Notebook’. Kelebihan yang ada pada MacBook Air sudah tentulah pada rekabentuknya yang sangat nipis dan ringan.
Semenjak itu sebanyak 3 kali perubahan telah dilakukan oleh Apple terhadap rekabentuk, hardware dan software MacBook Air sehinggalah yang terbaru yang telah mula dijual pada 20 Julai 2011. MacBook Air terbaru ini juga menggunakan operating System (OS) yang paling terbaru daripada Apple iaitu OS X Lion yang telah pasarkan pada hari yang sama jualan MacBook Air ni. Ada apa dengan Macbook Air terbaru ni ? jom kita review skit. Continue reading “NEW MACBOOK AIR [VIDEO]” »
SAMSUNG NOTEBOOK SERIES 9 [VIDEO]
Jul 17th
Tauhusumbat – Sekarang ni banyak betul gadget² keluaran Samsung yang menarik minat aku tak kirala daripada Samsung Galaxy S2, Galaxy Tab 10.1 mahupun barangan electrik seperti Samsung Smart TV. Kali ni aku nak tarik perhatian korang kepada notebook terbaru daripada Samsung iaitu SAMSUNG NOTEBOOK SERIES 9 (code NP900X3A). Untuk pengetahuan korang notebook ni sekali lagi direka oleh Samsung untuk menyaingi MACBOOK AIR daripada Apple.
Bertempat di LAS VEGAS, 5 Januari 2011 yang lalu, Samsung Electronics America Inc, anak syarikat Samsung Electronics Corporation telah mengumumkan Samsung Notebook Series 9 di Elektronik Pengguna Antarabangsa Show di Las Vegas. Notebook Series 9 mempunyai saiz skrin 13,3-inci ini, menawarkan notebook mudah alih berteknologi tinggi dan canggih yang sesuai digunakan untuk kegunaan kerja dan hiburan. Dengan reka bentuk yang menakjubkan, skrin SuperBrigh dan kuasa pemprosesan daripada Intel menjadi mercu tanda yang baru dalam pengkomputeran mudah alih. Continue reading “SAMSUNG NOTEBOOK SERIES 9 [VIDEO]” »
SAMSUNG GALAXY TAB 10.1 DI INDONESIA
Jul 11th

Aku tak tau apasal Indonsia menjadi negara pertama di Asia yang menjual Samsung Galaxy Tab 10.1 secara rasmi, biasanye Singapura menjadi tempat perasmian gadget² terkini di Asia kononnye la.. Apa yang menariknya Samsung Galaxy Tab sold out 7 jam selepas pelancarannya. Memang penangan hebat jugak gadget ni.. korang tengok jerlah gambar kat atas ni beratur panjang tu dan ada juga yang bermalam kat situ. Kenape ek… Continue reading “SAMSUNG GALAXY TAB 10.1 DI INDONESIA” »
NOKIA N9 REVIEW [VIDEO]
Jul 7th

Nokia, jenama handphone yang gah pada masa dulu kini agak suam² kuku berbanding kehebatan handphone daripada jenama terkemuka seperti Apple, Samsung, LG, Sony dan motorola. Kini bagi tahun 2011 Nokia telah melancarkan smartphone terbaru iaitu NOKIA N9 yang dikatakan satu² hp terkini dari Nokia yang mampu menandingi smartphone yang sedia ada dipasaran. Ada apa dengan Nokia N9 ? yuk layan. Continue reading “NOKIA N9 REVIEW [VIDEO]” »
SAMSUNG GALAXY TAB 10.1 [VIDEO]
Jul 5th

Gadget bagi kategori tablet PC dari samsung ni memang menjadi pujaan hati ku. Aku minat gak kat Ipad 2 tapi naluri aku lebih terarah kat Samsung Galaxy Tab 10.1. Samsung Galaxy Tab 10.1 merupakan adik kepada samsung Galaxy Tab sedia ada. Tak kisahlah apa orang nak kata, aku memang nak sebat Samsung Tab 10.1 ni.
Samsung Galaxy Tab 10.1 baru jer dilancarkan untuk pasaran US pada bulan lepas tapi untuk pasaran malaysia takde lagi, kalau ada pun di pasaran gelap yang dijual pada harga paling murah setakat ni ialah RM 1,999 untuk Samsung Galaxy Tab 10.1 16GB Wifi manakala bagi pasaran terang tak tau lagi bila. Continue reading “SAMSUNG GALAXY TAB 10.1 [VIDEO]” »







