memang terbaek… !
FILEM
FILEM | SONGLAP
Dec 15th
Songlap yang diterbitkan oleh Grand Brilliance dengan kerjasama Red Films itu membariskan barisan pelakon hebat dan mantap antaranya Shaheizy Sam, Syafie Naswip, Sara Ali, Omar Abdullah, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Rozie Rashid dan ramai lagi.
Keunikan filem ini terletak kepada isu pemerdagangan manusia yang telah lama bergiat tanpa disedari masyarakat dikupas menjadi bentuk visual bagi membuka mata penonton. Filem ini amat sesuai ditonton oleh semua bangsa kerana mesej yang ingin disampaikan oleh pasangan pengarah Effende Mazlan dan Azlina Isahak pasti dapat dihayati dan difahami oleh semua.

Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.
Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza, AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.
FILEM | OMBAK RINDU
Nov 25th
Pengarah : Osman Ali
Syarikat Penerbit : Astro Shaw Sdn. Bhd.
kategori : Filem Cereka
Tarikh Tayangan : 01 Disember 2011

Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu merupakan filem yang paling ditunggu tunggu oleh semua peminat novel. Barisan pelakon yang memang mantap & seksi seperti Aaron Aziz (Hero Novel), Maya Karin, Lisa Surihani & Bront Palarae masing-masing memegang watak penting dalam filem ini.
Baru-baru ni ada statement daripada penulis novel tersebut Fauziah Ashari yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan hasil adaptasi filem yang bakal di’tayangkan pada 1 Disember ini. Menurut Fauziah Ashari terdapat beberapa plot penting dalam novel yang tidak dimasukkan ke layar perak & juga dialog yang digunakan dalam filem ini tidak selari dengan apa yang beliau sampaikan menerusi novel. Apa ape pun.. Jom layan sinopsis, trailer dan MTV filem ni..
Continue reading “FILEM | OMBAK RINDU” »
FILEM | MISTERI JALAN LAMA
Nov 23rd
Disiapkan dua tahun lalu, filem fantasi drama ini akan menemui penonton di pawagam tanah air pada 24 November nanti. Diterbitkan Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB), filem lakonan hebat barisan pelakon seperti Afdlin, Hans Isaac, Liyana Jasmay, Que Haidar dan Vanidah Imran.

Pengarah : Afdlin Shauki
Terbitan : Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
Kategori : Cereka - Keluarga, Drama
Tarikh Tayangan : 24 November 2011
Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long.
Continue reading “FILEM | MISTERI JALAN LAMA” »
FILEM | AKU BUKAN TOMBOY
Nov 20th

Kehadiran farisa atau Eisha dalam hidup Harry dan Burn benar-benar mengubah pendirian dua jejaka terhadap gadis yang berpewatakan lelaki. Kali pertama melihat Farisa di sebalik topeng lelaki, mereka mula jatuh hati dengan gadis itu. Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar pengkid antaranya Bell dan Sam. Continue reading “FILEM | AKU BUKAN TOMBOY” »
FILEM | TRANSFORMER 3 : DARK OF THE MOON [VIDEO]
Jun 21st
Penantian satu penyeksaan… Akhirnye filem yang paling dinantikan tahun 2011 jeng… jeng… Transformers 3: Dark of the Moon akan ditayangkan serentak seluruh dunia termasuk negaraku Malaysia bermula 29 June (3D pun ader). Mehla aku pra-preview sikit. Jalan cerita lebih kurang macam ni. Continue reading “FILEM | TRANSFORMER 3 : DARK OF THE MOON [VIDEO]” »
FILEM | SUPER 8 [VIDEO]
Jun 19th

Aku nak review filem terbaru yang aku baru tonton, filem yang bertajuk Super 8, emm tajuk macam cerita superherokan. Aku tergerak nak tengok cerita ni disebabkan review yang telah diberi oleh radio SINAR FM yang telah memberi ulasan yang cukup membarangsangkan dan telah memberi 5 bintang popcorn tu.
Continue reading “FILEM | SUPER 8 [VIDEO]” »







