Sehingga hari ini, Toyota masih belum mengeluarkan sebarang gambar rasmi mahupun maklumat teknikal Toyota Camry 2012 selain daripada beberapa gambar yang menunjukkan lampu depan dan belakang yang aku pernah review sebelum ni sebelum menantikan pelancaran yang akan dilakukan pada bulan 9 ataupun 10. Previous Review
Tetapi sebuah majalah auto di Perancis telah mengeluarkan gambar keseluruhan gambar Totoya Camry 2012 termasuklah gambar interior serta beberapa maklumat teknikal dalam majalah tahunannya bertajuk ‘Panduan 2012 Auto Quebec’
Bagi peminat kereta, membaca head line aku je “TOYOTA CAMRY 2012″ dah pasti membuat korang teruja. Memang betul Toyota akan melancarkan model terbaru untuk Toyota Camry 2012 yang merupakan generasi ke-7 dalam model Camry. Tapi pelancaran model ni hanya di US iaitu pada bulan september 2011. Untuk pasaran malaysia tak tau lagi, maybe ujung tahun kot.
Perkara ini telah disahkan dalam video rasmi Toyota yang disampai oleh pengarah Toyota itu sendiri iaitu AKIO TOYODA. Dia ada review pasal pasaran Toyata Camry yang baik kat US dan model baru Camry yang merupakan model Camry yang paling terbaik setakat ni. Dalam video tu gak, ada ditunjukkan Toyota camry 2012 yang baru tapi dia tunjuk lampu depan jer. Yang aku ada hanya gambar kat atas tu yang merupakan gambar paten register untuk Toyota Camry 2012.
Dari segi technical pulak, ada sumber yang tak rasmi mengatakan toyota Camry 2012 akan mengunakan engin dan transmission yang baru. Selain itu tiada lagi info rasmi yang telah dikeluarkan oleh pihak Toyota, nanti aku akan review lagi kalau ada² info rasmi untuk korang. Mana yang berangan² nak angkat Camry untuk Raya ni, anda fikir² kan kay ahah. chalo..
Tauhusumbat nak review skit serba sedikit salah satu varian Perodua new Myvi , iaitu Perodua Myvi Elegance, aku refer brochure Myvi baru yang aku dapat semasa kunjungan aku kat showroom. Aku akan tulis secara point² jerlah, senang skit korang nak baca takla meleret² sangat.
Pengenalan
Myvi 2011 dilengkapi enjin 1.3 liter, Perodua Myvi Elegance merupakan varian dengan spesifikasi paling best diantara Premium dan Standard.
Panjang Myvi baru ini 3765mm, lebar 1665mm dan tinggi 1545mm.
Jarak titik rodanya sepanjang 2440mm.
Berat kering (kerb weight) Myvi Elegance bagi versi SXE (manual) ialah 975kg manakala versi EZE (automatik) ialah 985kg, kureng 10kg.
Bahagian teknikal.
Still pakai enjin lama kod K3-VE, DOHC 16 Valve sistem DVVT berserta sistem Electronic Fuel Injection (EFI). Kuasa kuda sebanyak 90hp@6,000rpm dan tork maksimum 117Nm@4,400rpm.
tangki minyak maksimum 40 liter, banyak kot
Sistem brek brek cakera di depan dan brek drum di belakang.
Sistem suspensi Front – MacPherson Strut with coil spring; Rear – Torsion Beam with coil spring
Bahagian luaran (exterior)
lampu utama jenis projektor sangat menarik dan sporty. Lampu kabus standard kat tempat biasa.
Cermin sisi kini boleh dilipat secara elektronik berserta lampu isyarat (Yang ni baru).
Untuk Myvi Elegance dah siap lapisan penebat haba (tinted film) untuk semua cermin. Perlindungan yang biaserla dari sinar Infra Red, Visible Light (VL) dan Ultra Violet (UV)
Myvi Elegance dengan pemegang pintu kat luar dengan warna krom, spoiler, lampu belakang, skirting depan, tepi dan belakang, ‘side door moulding’ di sisi pintu, dan tiang pillar semua design baru . Sporty skit aku tengok
Rim aloi bersaiz 14 inci dengan tayar dari siri 175/65 R14.
Warna yang ader memang menarik Mystical Purple (metalik)( bulan Ogos depan baru kuar),Ebony Black (metalik), dan Ivory White (solid). Continue reading “NEW MYVI” »