memang terbaek… !
HANTUNOVEL
This user hasn't shared any biographical information
Posts by HANTUNOVEL
NOVEL | CHAN RAK TER…AKU CINTA KAMU
Mar 29th
Posted by HANTUNOVEL in NOVEL | 2,106 views
Hasil Karya Sara Aisha, keluaran Karyaseni.
Mampukah cinta ini bertahan pabila nyawa yang menjadi galang gantinya?
Best!best! best!
Dian Damia seorang pengarang novel. Dia anak yatim piatu dan bergerak bebas dalam menyiapkan karyanya. Dia telah ke Thailand untuk mencari ilham bagi novel terbarunya. Secara tidak sengaja dia telah berjumpa dengan Karn Klaharn Thanasukolwit di hotel penginapannya.
Karn Klaharn merahsiakan identitinya iaitu seorang bangsawan Thailand yang sangat kaya. Dia sangat sweet!hihihi…Dian sering dikacau sehingga mereka menjadi kawan.
Dian dan Karn keluar bersama tanpa Karn sedari bahawa mereka telah diekori. Karn dan Dian telah diculik…………… Continue reading “NOVEL | CHAN RAK TER…AKU CINTA KAMU” »
NOVEL | KURNIA UNTUKKU
Mar 28th
Posted by HANTUNOVEL in NOVEL | 1,282 views
Karya Liz Haliza, keluaran Penulisan2u.
Saat aku rebah, kau datang menyambutku. Aku lihat sinar cinta di matamu, hatiku terus terpaut. Sesungguhnya …….kau kurnia untukku!
HADFINA HAIFA secantik namanya. Sudah berkahwin dengan Zain selama 2 tahun tetapi masih belum dikurniakan seorang anak. Mereka berkahwin atas suka sama suka walaupun ramai yang tidak bersetuju dengan pilihan Fina. Ini kerana Zain seorang yang panas baran sehingga sanggup memukul. Memang dayusssss!
Angkara prasangka dan sikap panas baran Zain, Fina diceraikan dengan talak tiga. Fina dituduh curang oleh Zain apabila Fina dilihat dihantar pulang oleh bosnya. Fina bagaikan orang gila bila Zain tak percayainya dan terus dicerai tanpa usul periksa. Zain memang kuat cemburu sehingga mengongkong hidup Fina.
Zain yang terlajak kata mula menyesal dan mendesak Fina untuk kembali bersatu. Imposible…imposible..talak 3 tu. Continue reading “NOVEL | KURNIA UNTUKKU” »
PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH
Feb 20th
Posted by HANTUNOVEL in NOVEL | 2,593 views
PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.
Hanan dijaga oleh Datin Zaleha sebagai anak angkat setelah ibunya yang bekerja sebagai orang gaji di rumah Datin tersebut meninggal dunia.
Amir yang turut tinggal di banglo Datin Zaleha juga anak angkat. Dia bekerja sebagai peguam syariah. Hanan menganggap Amir sebagai abang kandungnya.
FAREEZ…anak tunggal kepada Datin Zaleha dan berkelulusan luar Negara. Kacak tapi sudah terpesong jauh dari landasan agama. Hanan dan Fareez bagaikan langit dan bumi. Hanan dan Fareez bagaikan orang asing walaupun tinggal di dalam banglo yang sama. Continue reading “PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH” »
NOVEL | ISTERI SEPARUH MASA
Apr 7th
Posted by HANTUNOVEL in NOVEL | 32,162 views
Novel ni ditulis oleh Suri Ryana, Keluaran Kaki Novel.
Demi rasa cinta yang dikurniakan Ilahi, aku terus rela menjadi isterinya…walaupun hanya isteri separuh masa
Medina Izwani seorang anak yatim piatu dan menjadi anak angkat kepada keluarga Nazrin Shah. Medina dan Nazrin memang rapat tapi disebabkan dendam Nazrin mengisytiharkan perang dengan adik angkatnya Medina. Ia berpunca daripada Medina yang memberitahu mama dan papa Nazrin tentang kecurangan kekasih Nazrin iaitu Zita. Mama dan papaya tidak menerima Zita sebagai menantu.
Dendam Nazrin terhadap Medina bertambah dalam bila neneknya berkeras ingin mereka berdua berkahwin sebelum Nazrin lanjutkan pelajarannya ke London. Medina pula terpaksa melupakan cintanya terhadap Megat Syazril dan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran ke Ireland terpaksa dikuburkan.
Nazrin dan Medina bersetuju dalam terpaksa untuk menjaga hati nenek mereka. Continue reading “NOVEL | ISTERI SEPARUH MASA” »
NOVEL | CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG
Feb 23rd
Posted by HANTUNOVEL in NOVEL | 13,875 views
Novel ni ditulis oleh Airisz, Keluaran KaryaSeni.
Untuk hidup berdua, haruslah setia…
Citer ni best dan sesuai dengan tajuk….
Intan Asnidar a.k.a Cik Bunga dan Harris Isqandar a.k.a Encik Sombong. Dua2 terjumpa secara tak sengaja dan bertunang secara tak sengaja. Harris minta Intan untuk gantikan tempat tunangnya iaitu Erny Humairah. Intan yg terkejut terus setuju dengan tawaran RM50k.
Intan agak menarik dan kerja di kedai bunga. Harris pulak memang hensem dan sentiasa serius. Datin Nora terpaksa terima Intan untuk selamatkan maruah Harris yang ditinggalkan Erny pada saat akhir. Harris melayan Intan seperti mereka memang sedang bercinta dan memang sweet. Intan semakin suka dengan layanan Harris tapi dia sentiasa beringat yang dia hanya gantikan Erny.
Dugaan mula datang bila Erny muncul dan ingin semula bersama Harris. Continue reading “NOVEL | CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG” »
NOVEL | KAMPUNG GIRL
Jan 27th
Posted by HANTUNOVEL in NOVEL | 19,064 views
Penulis oleh Umi Kalsom, keluaran Karyaseni
Dalam banyak-banyak perempuan dalam Malaysia ini, kenapa budak kampung itu juga yang jadi pilihan hati mummy?!
PERKAHWINAN yang diatur oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila mengetahui siapa calon yang disebut oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampong itu?! Tidak mungkin.
Hahahah Ashraf Khairi sepupu dengan Ainnur dan sejak kecik lagi dia memang tidak sukakan Ainnur. Hanya kata cacian dan kutukan sahaja yg keluar dari mulut Ashraf bile bersama Ainnur. Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekan Ashraf telah menerima pinangan dari mummy Ashraf. Dia ingin mengajar Ashraf yang sombong dan bongkak ni.
Identitinya yang belajar hingga keluar Negara dan bekerja sebagai cikgu bahasa inggeris di rahsiakan dari pengetahuan Ashraf. Dia ingin Ashraf jatuh cinta pada budak kampong yang dikatakan kolot dan tiada pendidikan. Dia berpakat dengan bakal mentuanya Puan Mazlin… Continue reading “NOVEL | KAMPUNG GIRL” »
NOVEL | RIBUTNYA CINTA
Jan 20th
Posted by HANTUNOVEL in NOVEL | 18,338 views
oleh penulis Phidot keluaran SR Publication.
Bila hot chocolate dibasahi watermelon juice…Terbit perasaan cinta yang tiada tandingannya…..
novel ni best dan patut dibeli!!!!
Edasha Hanie yang berpewatakan sederhana, sembunyikan identiti sebagai cucu jutawan dan sentiasa merendahkan diri. Dia selalu disindir sebagai perempuan kampong oleh Emma yang sama belajar di Park Choi College. Walau sering dihina sebagai orang miskin, dia tetap bersabar kerana dia tahu status sebenarnya.
Tengku Eismael Malik digelar sebagai Prince No smile..hahahah sebab mukanya selalu serius dan alergik dengan pompuan. Dia menjadi kegilaan pelajar perempuan di kolej itu termasuk Emma yg perasan cantik. Eis yang sering berjumpa dengan Edasha secara xsengaja mula terpikat dengan perangai Edasha yang berani. Edasha juga mula sukakan Price No Smile.
Semasa Eis ingin luahkan perasaan cintanya pada Edasha sesuatu telah terjadi……….. Continue reading “NOVEL | RIBUTNYA CINTA” »
NOVEL | AKUKAH JUWITA?
Jan 3rd
Posted by HANTUNOVEL in NOVEL | 8,972 views
Novel karya oleh Rina Farizq, Keluaran Kaki Novel
“Dia bukan mencari seorang perempuan
sehebat Siti Khadijah, tetapi cukuplah seorang
juwita yang sudi hidup bersama sepanjang
hayatnya dan Akukah Juwita itu?”
Minah binti Temon…hahhaha klakar tul nama heroin ni. Tapi sangat manis dan cantik serta jadi rebutan jejaka kampong. Dia cuma gadis kampong tetapi caranya mudah mendapat perhatian sesiapa yang mendekatinya.
Muhammad Aqil…antara jejaka kampong yang cintakan Minah. Aqil pula menjadi rebutan gadis2 kampung. Hensem, kelulusan luar Negara dan lelaki yang sering naikkan kemarahan Minah sejak di bangku sekolah. Aqil gelarkan Minah sebagai Timun dan Minah gelarkan Aqil sebagai Gaban.
Tengku Lutfi Ukail…haha sangat hensem, berkaliber sebagai CEO sebuah hotel, seorang yang berbangga diri dan sombong(hanya dengan Minah), dia juga antara lelaki yang sering naikkan kemarahan Minah tapi memang sweet.
Tengku Rifki…sepupu Ukail, hensem tapi Ukail lebih sikit hahah, pilot, memang suka buat lawak dan juga antara lelaki yang naikkan kemarahan Minah dengan perangai yang xpernah serius. Jejaka pertama yang buatkan Minah rasa kecewa dalam cinta…jom… Continue reading “NOVEL | AKUKAH JUWITA?” »











