Dah lamer giler tidak update blog, sibuk memanjang. TAUHUSUMBAT terpanggil nak bagi info tentang ANUGERAH PILIHAN PEMBACA POPULAR – BERITA HARIAN 2012!! Undian telah bermula pada 1 JUN 2012 – 1 Julai 2012. Anda boleh membuat undian terus melalui online di laman web www.popular.com.my/www.bookfestmalaysia.com sekarang!!!.
5 novelis cun melecun ni merupakan antara novelis daripada terbitan KAKI NOVEL yang terpilih yang merupakan novel-novel terhangat.
So.. berilah sokongan kepada penulis novel pilihan anda. Nanti saya ushar lagi sapa lagi yang terpililh daripada produksi penerbitan yang lain pula.

Info Tambahan : Kategori fiksyen menyenaraikan 7 Hari Mencintaku (Siti Rosmizah), M.A.I.D (Suri Ryana), Cinta Kontrak (Nurul Ain Syuhada), Uda & Dara (Aisya Sofea), Doktor Cinta (Dyadila), Yes Boss! (Areila Sahimi), Tuan Rumah Punya Pembantu Rumah (Orkid Edyliyne), Akulah Cinderella (Nozi Danisya), Hati Bila Cinta (Lynn Allyna) dan BisikBisik Gelora (Fauziah Ashari).
