memang terbaek… !
Archive for June, 2012
NOVEL | CURI – CURI SUKA
Jun 4th
Posted by TAUHUSUMBAT in NOVEL | 7,531 views
Antara novel yang terkini dipasaran, tak sempat baca lagi. So takderla sinopsis yang sempat saya tulis, so copy je yang kat kulit belakang novel ni.. Pada sesiapa yang dah baca commentla sikit.. best x.. ?
**************
“Walaupun dibuang ibu dan kakak kandung, Wisya tabah berdepan dengan apa jua rintangan. Dengan titik peluh dan sokongan kawan-kawan, dia berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah. Insiden jatuh tangga di perpustakaan membuatkan dia malu bertahun-tahun.
Apatah lagi disaksikan pula senior bernama Daniel dan Ezroy yang langsung tidak pernah dikenalinya. Sejak detik itu, dia asyik terserempak dengan mereka. Daniel suka menyapa. Ezroy pula suka memerli. Rimas dia dibuatnya. ‘Malapetaka’ makin menjadi-jadi apabila pada cuti semester itu dia bekerja sementara sebagai guru tuisyen di sebuah rumah.
Rupa-rupanya rumah itu kediaman keluarga Ezroy! Berdepan dengan lelaki itu memang menyakitkan hati. Ada sahaja yang hendak digaduhkan.Berbeza betul dengan kembar lelaki itu. Ezril berbudi bahasa dan baik pekertinya”
Tajuk : Curi-Curi Suka
Penulis : Liyana Zahim
Harga : RM21.00
ISBN : 978-983-124-777-8
Mukasurat : 512
INFO | ANUGERAH PILIHAN PEMBACA POPULAR – BERITA HARIAN 2012!!
Jun 4th
Posted by TAUHUSUMBAT in INFO | 1,357 views
Dah lamer giler tidak update blog, sibuk memanjang. TAUHUSUMBAT terpanggil nak bagi info tentang ANUGERAH PILIHAN PEMBACA POPULAR – BERITA HARIAN 2012!! Undian telah bermula pada 1 JUN 2012 – 1 Julai 2012. Anda boleh membuat undian terus melalui online di laman web www.popular.com.my/www.bookfestmalaysia.com sekarang!!!.
5 novelis cun melecun ni merupakan antara novelis daripada terbitan KAKI NOVEL yang terpilih yang merupakan novel-novel terhangat.
So.. berilah sokongan kepada penulis novel pilihan anda. Nanti saya ushar lagi sapa lagi yang terpililh daripada produksi penerbitan yang lain pula.
Info Tambahan : Kategori fiksyen menyenaraikan 7 Hari Mencintaku (Siti Rosmizah), M.A.I.D (Suri Ryana), Cinta Kontrak (Nurul Ain Syuhada), Uda & Dara (Aisya Sofea), Doktor Cinta (Dyadila), Yes Boss! (Areila Sahimi), Tuan Rumah Punya Pembantu Rumah (Orkid Edyliyne), Akulah Cinderella (Nozi Danisya), Hati Bila Cinta (Lynn Allyna) dan BisikBisik Gelora (Fauziah Ashari).








