Novel ni ditulis oleh Suri Ryana, Keluaran Kaki Novel.

Demi rasa cinta yang dikurniakan Ilahi, aku terus rela menjadi isterinya…walaupun hanya isteri separuh masa

Medina Izwani seorang anak yatim piatu dan menjadi anak angkat kepada keluarga Nazrin Shah. Medina dan Nazrin memang rapat tapi disebabkan dendam Nazrin mengisytiharkan perang dengan adik angkatnya Medina. Ia berpunca daripada Medina yang memberitahu mama dan papa Nazrin tentang kecurangan kekasih Nazrin iaitu Zita. Mama dan papaya tidak menerima Zita sebagai menantu.

Dendam Nazrin terhadap Medina bertambah dalam bila neneknya berkeras ingin mereka berdua berkahwin sebelum Nazrin lanjutkan pelajarannya ke London. Medina pula terpaksa melupakan cintanya terhadap Megat Syazril dan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran ke Ireland terpaksa dikuburkan.

Nazrin dan Medina bersetuju dalam terpaksa untuk menjaga hati nenek mereka.Nazrin terus memulaukan Medina seolah2 dia tak wujud. Status isteri pada Medina hanya pada nama dan hatinya terusan dilukai oleh Nazrin. Sepanjang di luar Negara, Nazrin akan melayan Medina dengan baik bila bersama keluarga. Dia memang pelakon terbaik! Selama 4 tahun Medina aman tanpa Nazrin yang belajar di London. Medina berjaya bergelar seorang mahasiswi sehinggalah hidupnya menjadi haru biru apabila Doktor Nazrin mengajar salah satu subjek yang diambilnya. Hatinya yang beralun cinta terhadap Nazrin tak dapat ditolak.

Perangai Nazrin semakin menyakitkan hati Medina. Hubungan mereka dirahsiakan daripada warga kampus. Hati Medina semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan Nazrin apabila keluarga mereka datang. Mereka terpaksa berlakon seolah2 bahagia. Hati Medina semakin sakit bila Zita meminta Nazrin untuk ceraikannya. Medina semakin nekad untuk berpisah dengan Nazrin. Cinta Nazrin untuk Zita!

Cinta Medina yang semakin mendalam untuk suaminya semakin tertekan bila nenek mereka ingin terus menetap di situ. Dalam perang mereka muncul Zafril di kampus. Dia cuba mendekati Medina tapi ditolak keras. Nazrin pula semakin pelik bila mula cemburukan Medina dan Zafril. Ermmmm ade cinta ker?Zafril yg ditolak cintanya mula dekatkan diri dengan Niza iaitu kawan baik Medina. Nazrin plak semakin sweet melayan Medina. Akhirnya Nazrin luahkan rasa cintanya kepada Medina semasa bercuti ke Bali. Hubungannya putus dengan Zita bila kantoi curang.

Aduhai romantiknya Doktor Nazrin ni. Medina dilayan bagaikan puteri. Best2. Badai melanda apabila Medina sering terima jambangan orkid di luar pagar daripada lelaki misteri. Medina mengetahui lelaki tersebut adalah Megat Syazril. Megat masih menagih cintanya. Medina dan Niza telah diculik oleh Zafril semasa Nazrin kursus di Korea. Ermmm identity Zafril terbongkar dimana dia menyamar sebagai Megat Syazril iaitu abang kandungnya. Abangnya membunuh diri kerana cinta Medina. Zafril berdendam dengan anggap Medina sebagai pembunuh abang dan ibu bapanya. Dia alami tekanan jiwa. Niza pula dijadikan mangsa untuk dekati Medina.

Akhirnya Zafril ditangkap polis dan disahkan pesakit mental. Medina dan Nazrin bahagia bersama seorang anak perempuan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...