Novel ni ditulis oleh Airisz, Keluaran KaryaSeni.

Untuk hidup berdua, haruslah setia…

Citer ni best dan sesuai dengan tajuk….

Intan Asnidar a.k.a Cik Bunga dan Harris Isqandar a.k.a Encik Sombong. Dua2 terjumpa secara tak sengaja dan bertunang secara tak sengaja. Harris minta Intan untuk gantikan tempat tunangnya iaitu Erny Humairah. Intan yg terkejut terus setuju dengan tawaran RM50k.

Intan agak menarik dan kerja di kedai bunga. Harris pulak memang hensem dan sentiasa serius. Datin Nora terpaksa terima Intan untuk selamatkan maruah Harris yang ditinggalkan Erny pada saat akhir. Harris melayan Intan seperti mereka memang sedang bercinta dan memang sweet. Intan semakin suka dengan layanan Harris tapi dia sentiasa beringat yang dia hanya gantikan Erny.

Dugaan mula datang bila Erny muncul dan ingin semula bersama Harris.Erny meminta Intan tinggalkan Harris dan menggunakan pelbagai cara untuk merebut semula Harris. Erny disokong kuat oleh Datin Nora yang ingin Harris terus bekerja sebagai CEO di syarikat milik keluarga Erny. Harris sering mengugut mamanya untuk tinggalkan syarikat tu jika ganggu hubungannya dengan Intan. Harris memang cintakan Intan sejak pandang pertama.

Intan dan Harris selamat dinikahkan. Mereka bagaikan pasangan baru bercinta dan Harris memang romantic. Luv u Harris! Kebahagian mereka sering diganggu oleh Erny dan Datin Nora yang cuba memisahkan mereka. Sehingga ke tahap ingin membunuh Intan dengan memutuskan wayar brek kereta. Tapi tempiasnya terkena pada Harris yang membawa kereta tersebut. Harris kemalangan dan Datin Nora salahkan Intan.

Dalam Datin Nora sibukkan keluarga Harris, papa Harris berkahwin lain dengan Auntie Maisarah. Harris pulak lepaskan jawatan CEO di Kumpulan HD dan ingin tinggal di kampong Intan. Harris telah membina kilang padi di kampong tersebut dan sebuah banglo untuk Intan. Bestnyer!

Datin Nora telah insaf. Erny plak telah berkahwin dengan Taufik iaitu antara orang yang berdendam dengan Harris kerana rebutkan jawatan CEO di HD. Taufik adalah orang yang hasut Erny untuk tinggalkan Harris semasa majlis pertunangan.

Harris sangat bahagia dengan Intan dan mereka dikurniakan 5 orang anak. Watak Harris memang best. Muah muah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...