memang terbaek… !
NOVEL | RIBUTNYA CINTA
oleh penulis Phidot keluaran SR Publication.
Bila hot chocolate dibasahi watermelon juice…Terbit perasaan cinta yang tiada tandingannya…..
novel ni best dan patut dibeli!!!!
Edasha Hanie yang berpewatakan sederhana, sembunyikan identiti sebagai cucu jutawan dan sentiasa merendahkan diri. Dia selalu disindir sebagai perempuan kampong oleh Emma yang sama belajar di Park Choi College. Walau sering dihina sebagai orang miskin, dia tetap bersabar kerana dia tahu status sebenarnya.
Tengku Eismael Malik digelar sebagai Prince No smile..hahahah sebab mukanya selalu serius dan alergik dengan pompuan. Dia menjadi kegilaan pelajar perempuan di kolej itu termasuk Emma yg perasan cantik. Eis yang sering berjumpa dengan Edasha secara xsengaja mula terpikat dengan perangai Edasha yang berani. Edasha juga mula sukakan Price No Smile.
Semasa Eis ingin luahkan perasaan cintanya pada Edasha sesuatu telah terjadi………..
Eis telah hilangkan diri selama 5 tahun tanpa berita. Hati Edasha masih pada Eis. Edasha telah bekerja di syarikat atuknya yg diuruskan oleh abang Edasha yg sangat hensem hahah Adam. Edasha menukar identitinya untuk elakkan rakan kolej tahu dengan panggilan Hanie kerana nama tu jarang dipakai.
Edasha dikejutkan dengan pertemuan Eismael semasa syarikatnya berurusan dengan syarikat Eis. Tapi Edasha sakit hati sebab Eis tidak kenal dengannya. Dia mendapat tau Eis telah hilang ingatan akibat kemalangan 5 thn lalu dan Emma ambil kesempatan dengan memikat hati Eis. Tuhan penentu segalanya…ibubapa Eis dan atuk Edasha merancang untuk satukan mereka. Eis terima tapi dia membuat kontrak perkahwinan dengan Edasha. Dia tidak akan mengganggu hidup Edasha dan mereka akan bercerai selepas 6 bln. Edasha teramat sedih kerana dipergunakan oleh Eis.
Eis terus bercinta dengan Emma dan hati Edasha terus disakiti. Secara xsengaja Eis meniduri Edasha tapi Edasha hanya anggap ianya sebagai mimpi. Ish2. Eis mula ambil berat pada Edasha dan dia disahkan mengandung tapi Edasha tersangat terkejut sebab dia sangkakan yg dia telah curang dengan Eis. Jadi semasa ingin minta penjelasan Eis, Edasha telah diculik. Eis diminta wang tebusan sebanyak 2 juta. Eis yg takut kehilangan Edasha telah luahkan perasaannya pada Edasha.
Kegembiraan Edasha hanya sekejap bila Eis mula pulih dari hilang ingatan. Eis membenci Edasha kerana anggap perkahwinan tu satu kesilapan. Cintanya masih pada Edasha. Dia tidak tau bahawa isterinya adalah org yg dicintainya semasa di kolej sebab isterinya sangat berbeza perwatakannya dengan Edasha yang dicintainya. Eis akan ceraikan Edasha bila selamat lahirkan anaknya.
Emma ambil kesempatan dengan hasut Eis bahawa Edasha yg dicintainya telah berkahwin dan tinggal di Singapura. Emma jua ugut Edasha untuk rahsiakan tentang dirinya yang sebenar. Tapi Eis akhirnya dapat tau perkara sebenar bila terlihat gambar Edasha semasa di kolej. Secara rahsia dia ingin memikat semula Edasha walaupun Edasha pelik dengan perubahan Eis. Eis luahkan perasaan pada Edasha dan bahagia miliknya.
Emma yg berdendam telah berniat membunuh Edasha dengan membakar rumah mereka masa Eis di pejabat. Edasha berjaya diselamatkan dan lahirkan baby kembar Tengku Zulaika Arissa dan Tengku Eismael Hakim. Bestnyerrrr. Emma meninggal semasa larikan diri bila terlibat kemalangan. Abang Edasha iaitu Adam bersama Putri Jana.







about 1 year ago
buku ini nak beli dkt mana
about 1 year ago
popular dh ade.beli online pon bleh
about 1 year ago
kdai popular ade ke..?
nak beli lah.. tapi berapa harganya..?
about 1 year ago
syahira, sy rs baik awk bli kt POPULAR…biasenye kdai 2 ade kt pasaraya…
awk bleh mohon kad diskaun…lg dpt murah…hehe…sy biase beli kt c tu…
about 1 year ago
saye pernah terbace a few comments that nikah kontrak tak sah…knp masih ade yg buat dalam novel..
about 1 year ago
novel skunx kdg2 x ambek kisah pasal agama…klo diorang rasa cita camntu best diorang buat je walaupun nikah kontrak dilarang dalam agama
about 1 year ago
law ble online…brpa nk byar..???sma gak cm bli kt kdai ka..??
about 1 year ago
Nikah mereka dlm novel ini bukan nikah kontrak tapi kontrak perjanjian antara suami dan istri yg
tak nak ada apa-apa hubungan batin antara mereka aja. Itu pendapat saya bila baca novel ini.
Kenapa mesti nak pertikaikan lagi
about 1 year ago
pejadahnya dah kawin buat kontrak perjanjian tiada hubungan seks? perkahwinan itu utk menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan!
menyampah sangat penulis2 yg suka menulis kisah mcm ni. yg bacanya anak2 remaja dan kemungkinan besar akan terpengaruh dgn perkara yg dilarang agama.
about 8 months ago
jangan baca la.. la..la.. hahaha ..awat emo sesangat ?? ..ni kan cuma rekaan..utk hiburan smata2.. hurmm… ??
about 1 year ago
nk cri novel nie tp sush
about 1 year ago
dah cr kat popular ke,ari tu sy tgk kat popular masih bnyk..
about 1 year ago
POPULAR MNE??? sy cri kt Badan Cermelang & Popular sutera Mall,,, tp xde
about 1 year ago
jusco tebrau ade.gud luck
about 1 year ago
tq….
about 1 year ago
dah baca novel ni..memang best..sweet..cuma pencetakan dia agak buat saya pening ..pencetakan alaf lagi baik lah..tapi novel memang best..
about 1 year ago
Salam..Terima kasih sbb post review ttg novel ni. -Phidot- =)
about 1 year ago
dah baca novel nie…memang sweettt…best ar!!! gud job phidot..
about 1 year ago
Thanks Syiharah Arnina =)
about 1 year ago
syarikat terbitan ape buku ni?
about 1 year ago
SR Publication
about 1 year ago
selain popular ada kat mana lagi?
Boleh x beli online?
about 1 year ago
kawen kontrak x sah!
about 1 year ago
betulkan kalo sy salah uhuk
about 1 year ago
walau kwen kontrak..slagi ade akad & nikahnyer..adalah sah disisi agama..just bile ade syarat² yg merepek masa kwen tu jd berdosa bg yg wat perjanjian..
about 11 months ago
Kat mne nak crik novel ni. Dah cari kt popular n mph tp x jmpe. Tension larhh
about 10 months ago
Ble lg nvl ni kuar…
about 10 months ago
Dah beli novel ni tapi tak baca lagi. Hope tak mengecewakan lah ^^
about 8 months ago
baru habis baca novel ni dalam masa semalaman je..hihi
about 8 months ago
dah lama taksinggah sini….novel baru yg saye selalu ulang bace…Teduhan Kasih…..menari sgt citer ni….saye suggest bace….tak mengecewakan…Papa Ehsan……the best
about 8 months ago
dekat badan jb da abeh la..mase aku beli pon tinggal 2 buah..sbb tinggal dua tu la aku beli…sbb tu abes…best rupenye..
about 8 months ago
best ker,,,hmmm,,,
about 6 months ago
saya bru hbis bca novel ni mlm tdi.best sngat2
about 3 months ago
nk prgin cri r nvel ny . . . best sngt2 . . .
about 3 days ago
ad x lgi