memang terbaek… !
NOVEL | HATI KALA CINTA
Karya oleh Hani Fazuha, Keluaran oleh Alaf 21
Zhafran Daniel dan Lyana Amira adalah sahabat baik sejak dibangku sekolah sehinggalah ke Universiti. Mereka memang tak bleh pisah dan segala baik buruk diri masing2 bukan lagi rahsia. Keluarga masing2 juga amat rapat sebab tinggal di taman yg sama.
Zhafran perangai macam Hitler yang suka memaksa Lyana mengikut kata hatinya. Lyana sering mengalah dengan sikap Zhafran sehinggalah Lyana mempunyai perasaan cinta pada Zhafran. Zhafran yg tidak tahu perasaan Lyana padanya mula bercinta dengan Nurin. Nurin adalah sepupu Lyana yg dibawa oleh mama Lyana untuk tinggal bersama apabila Nurin menjadi yatim piatu.
Lyana yang sering terluka dengan hubungan cinta Zhafran dan Nurin bertambah kritikal bila mendapat tahu yang Zhafran akan merisik Nurin. Dia terasa hati dengan mamanya apabila lebihkan Nurin dari dirinya. Dia cuba menjarakkan diri dari Zhafran yg berstatus tunangan orang dengan mendekati Izwan. Izwan adalah playboy besar di U tersebut. Zhafran sering nasihatkan Lyana untuk jauhi Izwan sehinggalah Lyana hampir dirogol oleh Izwan. Zhafran yg jadi hero selamat kan Lyana. Sikap caring dia tu yg best.
Lyana terpaksa menahan sakit hati bila terpaksa serumah dengan Zhafran yg selamat dinikahkan dengan Nurin. Tapi Zhafran ni plak bertambah caring pada Lyana dari Nurin. Pelikkan. Nurin sering ugut Lyana unuk jauhkan diri dari Zhafran. Tapi sebaliknya Zhafran yg selalu ganggu hidup Lyana dan Lyana sering tertekan. Lyana bertambah tension bila keluarga Zhafran merisik dirinya untuk dijodohkan dengan abang Zhafran iaitu Hareez Daniel. Pening2.
Hareez Daniel seorang yg sombong, cakap lepas, hensem. Mula2 jumpa diorang dah macam anjing dan kucing. Hareez katakana yg Lyana terhegeh2kan dirinya dan dia sanggup bunuh diri dr kahwin dengan Lyana. Dalam hari2 bertengkar tu tup2 Hareez terjatuh cinta ngan Lyana. Dia plak berebut ngan Zhafran. Zhafran luahkan rasa cintanya pada Lyana dan tidak bahagia hidup dgn Nurin. Lyana makin pening dengan adik beradik ni. Lyana yg berkerja sebagai akauntan di bawah Hareez selalu dicemburui oleh Zhafran.
Zhafran gunakan pelbagai cara untuk memikat Lyana. Dia dan Nurin pula telah bercerai tanpa pengetahuan keluarga. Dia tidak pernah menyentuh Nurin kerana Nurin curang dibelakangnya dengan Izwan. Dugaan datang bila tarikh nikah Lyana dan Hareez semakin hampir. Rahsia Hareez telah terbongkar di mana dia pernah berkahwin di luar Negara dan mempunyai anak.
Akhirnya perkahwinan tu pengantin lelakinya digantikan dengan Zhafran. Zhafran gunakan cara paksaan terhadap Lyana. Mereka bahagia tapi Nurin buatkan mereka porak peranda. Dia mengandung dan katakana bahawa anak Zhafran. Nurin minta simpati pada Lyana untuk kembalikan Zhafran padanya dengan mengupah doctor palsu dan mengatakan dia sakit kanser tahap kritikal dan perlu dibedah.
Dalam perang dingin Zhafran dan Lyana, dia disahkan pregnant. Hatinya sakit bila Zhafran rapat dengan Nana iaitu sepupu Zhafran. Lyana dilayan dingin oleh Zhafran. Lyana akhirnya dapat tau yg Nurin menipu tentang penyakit tu. Zhafran sebenarnya gunakan Nana untuk sakitkan hati Lyana yg senang2 suruh dia kawen dengan Nurin. Dia juga dingin dengan abangnya Hareez yg cuba merampas Lyana darinya.
Zhafran cuba mengambil hati Lyana semula dan dia bertambah happy bila tau Lyana mengandung. Hihi memang terencat Zhafran ni. Dia memang pandai pujuk Lyana. Mereka kembali bersama. Hareez plak bawa diri ke luar Negara. Nurin plak telah berkahwin dengan orang Johor dan tinggal di sana. Skang Nana plak yang Lyana risaukan sebab selalu gedik ngan Zhafran. Tapi hati Zhafran hanya pada Lyana sorang.







about 1 year ago
dah beli novel dia..bolehlah..kita dah boleh agak jalan cerita..n pasti wanita nak larikan diri..tak sehebat novel mengukir bahagia..
about 1 year ago
tpi yg nie lagi best lah kalo nk dibandingkan dgn dan hati pun berkata, bosan.. hehe..
about 1 year ago
btol 2 anis…sha sokng..sha pn dh bacer hbs cter ni..mmg ok..jln cter pn best..
about 1 year ago
sha, nie real punyer citer.. kalo kite ada pd tempat lyana pun akn bertindak cm tu gak.. logik la citer nieh.. tu yg suke.
about 1 year ago
HANI FAZUHA! karya2nye mmg tak mengecewakan….:) hkc belum baca lagi
about 1 year ago
mungkin dapatkan mase pesta buku nanti….
about 1 year ago
Wow best lah citer nih…nasib baik pinjam dekat kawan..xder lah rugo duit
about 1 year ago
cadang nk beli.. sbb tgk sinopsis mcm best..
about 4 months ago
uurrmm novel ney boley than jugak
about 1 month ago
Best x novel ni ? sy nk bli la ..