memang terbaek… !
Archive for December, 2011
FILEM | SONGLAP
Dec 15th
Songlap yang diterbitkan oleh Grand Brilliance dengan kerjasama Red Films itu membariskan barisan pelakon hebat dan mantap antaranya Shaheizy Sam, Syafie Naswip, Sara Ali, Omar Abdullah, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Rozie Rashid dan ramai lagi.
Keunikan filem ini terletak kepada isu pemerdagangan manusia yang telah lama bergiat tanpa disedari masyarakat dikupas menjadi bentuk visual bagi membuka mata penonton. Filem ini amat sesuai ditonton oleh semua bangsa kerana mesej yang ingin disampaikan oleh pasangan pengarah Effende Mazlan dan Azlina Isahak pasti dapat dihayati dan difahami oleh semua.

Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.
Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza, AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.


Yes, Boss! menceritakan seorang gadis yang bernama Aryana yang bekerja sebagai pembantu peribadi kepada lelaki yang amat menjengkelkan, perasan bagus, poyo dan kacak. Ilham (lelaki yang dimaksudkan tadi) memang tidak suka dengan Aryana sebab gadis itu baginya tidak sesuai untuk dijadikan sebagai pembantu perbadinya kerana Ilham mahukan pembantu peribadi yang seksi, bergaya dan badan ramping. Ilham berusaha untuk memberhentikan Aryana bekerja di syarikat ayah kepada Ilham, Dato’ Maarof. Namun, Aryana tetap bersabar dan bersabar.






