memang terbaek… !
Archive for November, 2011
FILEM | OMBAK RINDU
Nov 25th
Pengarah : Osman Ali
Syarikat Penerbit : Astro Shaw Sdn. Bhd.
kategori : Filem Cereka
Tarikh Tayangan : 01 Disember 2011

Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu merupakan filem yang paling ditunggu tunggu oleh semua peminat novel. Barisan pelakon yang memang mantap & seksi seperti Aaron Aziz (Hero Novel), Maya Karin, Lisa Surihani & Bront Palarae masing-masing memegang watak penting dalam filem ini.
Baru-baru ni ada statement daripada penulis novel tersebut Fauziah Ashari yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan hasil adaptasi filem yang bakal di’tayangkan pada 1 Disember ini. Menurut Fauziah Ashari terdapat beberapa plot penting dalam novel yang tidak dimasukkan ke layar perak & juga dialog yang digunakan dalam filem ini tidak selari dengan apa yang beliau sampaikan menerusi novel. Apa ape pun.. Jom layan sinopsis, trailer dan MTV filem ni..
Continue reading “FILEM | OMBAK RINDU” »
FILEM | MISTERI JALAN LAMA
Nov 23rd
Disiapkan dua tahun lalu, filem fantasi drama ini akan menemui penonton di pawagam tanah air pada 24 November nanti. Diterbitkan Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB), filem lakonan hebat barisan pelakon seperti Afdlin, Hans Isaac, Liyana Jasmay, Que Haidar dan Vanidah Imran.

Pengarah : Afdlin Shauki
Terbitan : Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
Kategori : Cereka - Keluarga, Drama
Tarikh Tayangan : 24 November 2011
Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long.
Continue reading “FILEM | MISTERI JALAN LAMA” »
FILEM | AKU BUKAN TOMBOY
Nov 20th

Kehadiran farisa atau Eisha dalam hidup Harry dan Burn benar-benar mengubah pendirian dua jejaka terhadap gadis yang berpewatakan lelaki. Kali pertama melihat Farisa di sebalik topeng lelaki, mereka mula jatuh hati dengan gadis itu. Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar pengkid antaranya Bell dan Sam. Continue reading “FILEM | AKU BUKAN TOMBOY” »
REVIEW NOVEL TERKINI ANDA
Nov 8th
Kami mencari sesiapa yang berminat untuk menulis sinopsis/review novel terkini yang baru dibaca untuk kami siarkan di tauhusumbat buat tatapan pembaca yang lain, moga menjadi rujukan kepada yang ingin membeli novel terkini yang berada di pasaran. Emailkan setiap sinopsis/review novel anda di tauhusumbat.com@gmail.com
Kepada dua orang penulis sinopsis/review novel terkini terbaek, akan menerima sumbangan kecik daripada tauhusumbat iaitu sebuah novel bertajuk BINTANG ITU MILIKKU hasil penulisan ARFA ARDIYA berserta dengan tandatangan penulis novel itu sendiri yang pasti menjadi salah satu novel berharga dalam simpanan anda.
Kami menanti sinopsis/review novel terkini anda…



Sedikit sinopsis daripada novel BINTANG ITU MILIKKU Continue reading “REVIEW NOVEL TERKINI ANDA” »








