Novel ni memang best. walaupun tebal tapi korang akan puas hati. Tak bosan nak baca. Karya Sya Ibrahim, keluaran kaki Novel. Beli..beli…

“Tak, Nadia tak akan berhenti selagi apa yang Nadia nak tak tercapai! Saat Nadia tahu siapa yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi pada arwah ayah dan keluarga kita, Nadia berjanji pada diri Nadia sendiri, Nadia tak akan berhenti selagi Nadia tak buat mereka yang bertanggungjawab tu merana! Itu janji Nadia!”.

Nadia seorang yang berpegang pada janji. Dia berdendam dengan keluarga Johan yang merampas syarikat ayahnya. Johan adalah bekas kekasih Nadia dan hubungan mereka terputus apabila ayah Nadia disahkan muflis. Ayahnya meninggal kerana sakit jantung akibat perbuatan ayah Johan.

Selama 5 tahun Nadia belajar selok belok perniagaan di United Kingdom atas nasihat Jason sehingga dia berjaya tubuhkan Friends Corporation di Malaysia. Syarikatnya dijaga oleh kawan baiknya iaitu Lina @ baby dan Tiara. Hanya mereka berdua saja yang tahu tentang pemilik sebenar Friends. Akhirnya Nadia pulang ke Malaysia bila dipujuk oleh Tiara dan baby dengan alasan johan akan berkahwin….jeng..jeng..jeng…

Friends berjaya mendapat semua tender dari pesaingnya iaitu syarikat Tan Sri Khalid (ayah Johan). Khalid memang berdendam dengan Tiara dan Baby. Nadia berjaya mendapat kerja di dalam Friends sebagai setiausaha Syafiq. Syafiq hensem, berkaliber tapi tersangat fussy. Anak yatim piatu dan tinggal dengan Roslan. Dia sebagai pengurus akaun dan memang tip top kerja dia. Dia selalu tukar setiausaha sebab memang cerewet nak mampos mamat ni. Tiara & Baby layan kan jer sebab dia bagus buat kerja.

Nadia memang boleh kerja dengan Syafiq sebab dua2 keras kepala dan Syafiq boleh ikut rentak Nadia. Dia mula sukakan Nadia dan Nadia mula sukakan Syafiq. Tapi dua2 Cuma pendam perasaan. Secara rahsia Nadia telah membantu Lily iaitu kanak2 di rumah anak yatim. Nadia memberi wang pembedahan untuk Lily dan derma setiap bulan di rumah anak yatim yang  Syafiq pernah tinggal.

Mia iaitu bekas kekasih Syafiq ingin menjalin semula hubungan mereka. Dia menarik perhatian Syafiq dengan penyakit buah pinggang yang ditanggungnya. Syafiq terima Mia semula kerana kesian walaupun cintakan Nadia. Nadia yang geram dengan Syafiq telah munculkan dirinya sebagai pemilik Friends. Smua memang terkejut gler termasuk Tan Sri Khalid, ibunya dan abangnya Imran.Secara diam Nadia membeli saham Perkasa Holdings sedikit demi sedikit. Erin iaitu tunang Johan berasa tergugat dengan hubungannya kerana Johan masih tergila2kan Nadia.

Tiara telah diugut untuk tidak merebut tender dengan syarikat Tan Sri Khalid. Jadi, Nadia telah mengupah pengawal peribadi iaitu Adam. Tiara tak setuju sebab Adam ni dulu sukakan Tiara. Dendam Nadia sebabkan semua orang di sekelilingnya mula menjauhkan diri. Segala nasihat mereka tidak diterima oleh Nadia. Nadia berjaya menjadi pemegang saham terbesar di Perkasa Holdings.

Tan Sri Khalid telah menculik Adam, Tiara dan Baby. Nadia telah terkena tembakan ketika cuba selamatkan mereka. Dia koma dan bila terjaga dia hilang ingatan. Syafiq yang menjaga Nadia semasa koma. Mia lepaskan Syafiq kerana tau Syafiq terlalu cintakan Nadia. Semua orang Nadia ingat kecuali Syafiq. Syafiq memang sedih beb tapi sekejap jer sebab Nadia last2 dapat ingat jugak. Happy ending bile mereka berkahwin termasuk Roslan+Baby, Tiara+Adam. Erin dan Johan menetap di luar Negara.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...