Next review Novel karya Adah Hamidah, penerbitan Karya Seni.

 

 

 

 

 

 

Semakin jauh aku berlari, semakin cinta itu menjauh pergi. Lantas tidak lagi kumengejar, kerana kau hanya bahagia apabila kuberhenti…..

Nysa Sakinah dan Farish Aqil memang best!Best!Best….

Nysa dan Farish pernah rapat semasa di Universiti dan merupakan adik dan abang angkat. Selepas Nysa luahkan perasaan cinta dia pada Farish, hubungan mereka mulai renggang kerana Farish mencintai orang lain iaitu Lily. Nysa masih solo sehinggalah dia tamat belajar dan bekerja. Ibu Nysa telah mencarikan jodoh untuk Nysa dan memaksanya untuk berkahwin dengan anak kawan baik ibu bapanya.

Nysa menolak keras perkahwinan itu setelah mendapat tau yg jodohnya adalah Farish. Farush ermmmm sangat memikat, hensem dan kerja sebagai doctor. Tidak mungkin dia berkahwin dengan Farish yg pernah menolak cintanya dulu. Farish telah memujuk Nysa untuk menerimanya dan pelbagai cara telah digunakan untuk menarik perhatian Nysa. Dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh Farish, Nysa telah bersetuju untuk mereka mengikat tali pertunangan. Tapi lain plak jadinya…….

Nysa cukup gembira di awal pertunangan sebab farish layan dia macam tuan puteri hahaha. Sikit-sikit belang Farish mula makin ketara. Dia mula menjarakkan hubungannya dengan Nysa dan membuatkan Nysa mula meragui keikhlasan Farish. Tarikh perkahwinan telah ditunda oleh Farish tanpa sebab munasabah. Sian Nysa. Nysa mula dapat merasakan bahawa terdapat insan lain yang istimewa di hati Farish. Nysa semakin tertekan dengan sikap Farish yang tidak pedulikannya. Dia berubah dengan drastic dan atas desakan kedua ibubapa mereka, akhirnya mereka disatukan.

Nysa makin sakit hati bila pada malam pertama saja Farish dah buat hal. Dia membuat pengakuan bahawa hatinya hanya untuk perempuan lain dan hanya menganggap Nysa sebagai adiknya. Aduh makin tertekan Nysa ni. Siot tul Farish ni. Hati Nysa yang telah sakit cuba untuk membahagiakan Farish. Dia ingin mencari insan yang dicintai oleh Farish iaitu Lily. Nysa cuba mendapatkan kawan2 rapat Farish untuk tahu tentang Lily iaitu melalui Kamal. Ha yang best plak Kamal ni dulu pernah suka kat Nysa. Kamal sebagai doctor dan mempunyai klinik sendiri.

Sedikit demi sedikit dia dapat mengetahui mengenai Lily. Lily, cantik dan menawan dan berpisah dengan Farish kerana ikut keluarga keluar Negara. Farish berkahwin dengan Nysa kerana telah dicabar oleh Lily sekaligus untuk memaksa Lily balik ke Malaysia. Nysa yang mencintai Farish sepenuh hati terpaksa mencari jalan untuk satukan Farish dan Lily. Hati Nysa sentiasa disakiti oleh Farish sehinggalah dia membuat permintaan pada Farish untuk menganggap dia sebagai isteri untuk 1 hari. Farish terima permintaan tu tetapi semuanya berakhir bila Lily akhirnya muncul. Nysa amat terkejut kerana Lily adalah Sara kawan penyewanya.

Dengan berat hati dia melepaskan Farish kepada Lily. Kebahagiaan jelas di wajah Farish. Tapi lain plak dengan Farish bila dia cuba dekatkan diri dengan Nysa. Dia macam nak tekel Nysa semula. Lily telah membuat cite yang Farish akan menceraikan Nysa dan meminta Nysa untuk menjauhkan dirinya dari Farish. Nysa sekali lagi beralah dan merasakan Farish dan Lily mempunyai masalah. Tup2 dia dapat tau yg Lily nak membawa diri ke luar Negara. Nysa telah memujuk Farish untuk mengahwini Lily dan Farish meletakkan syarat. Nysa perlu menguruskan majlis pernikahan tersebut sehingga ijab dan Kabul.

Farish yang hatinya sudah penuh dengan Nysa amat tertekan bila Nysa setuju dengan permintaannya. Dia menjadi beku melayan Nysa. Akhirnya Lily menceritakan perasaan sebenar Farish kepada Nysa. Hati Farish hanya untuk Nysa dan Lily setuju untuk menerima perkahwinan ini adalah agendanya untuk satukan mereka. Lily telah membawa Nysa ke tempat farish meluahkan perasaannya dan aktiviti harian Farish. Setiap hari Farish akan melepaskan layang2 yg mempunyai note untuk Nysa.

Kini Nysa yakin dengan cinta Farish yang telah berpihak padanya. Lily telah ke luar Negara. Nysa dilayan dengan baik oleh Farish dan bahagia milik mereka berdua…..Alhamdulillah dapat gak Nysa dengan Farish. Baru 8 minggu Nysa pregnant Farish dan kelam kabut..hahaha best ngan sikap Farish yg caring habis ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...