memang terbaek… !
NOVEL | DIARI CINTAKU
Penulis novel ni adalah Eina Afrina, keluaran Buku Prima.
Aduhai cinta…ia datang jua walau kehadirannya tak kupinta.
Ha cite ni sweet sesangat n best! Maizatul….tabah orangnya hadapi mak tiri yg cam singa! Mai sering dimarahi, diherdik dan dipukul tanpa belas kasihan. Bertahun-tahun dia bersabar dengan perangai mak tirinya. Dia dijadikan seperti orang gaji dan segala perbuatan mak tirinya disembunyikan dari pengetahuan ayahnya.
Ayahnya yang kesian dengan nasib Mai cuba mengubahnya. Kawan baik ayahnya En. Nasir yg datang ke rumah tersebut telah berkenan nak bermenantukan Mai untuk anak lelakinya Shahril. Haha orangnya educated, berlagak, sombong, terlampau pembersih dan banyak songeh tapi tetap cute n hensem. Ayah Mai menerima pinangan tersebut……
Mai dan Shahril menolak keras perkahwinan yang diatur ni tapi terpaksa terima kerana taknak hampakan ibubapa masing2. Shahril memang anak yg ikut cakap mak bapak. Baguih2. Mereka berkahwin hanya atas kertas. Mereka berdua bersetuju untuk membuat hal masing2 dan akan berlakon loving couple depan mertua. Hidup berdua di banglo milik Shahril buatkan Shahril sedikit demi sedikit terjatuh sayang kat Mai. Mai plak 2×5 tapi masing2 ego dan hanya pendam perasaan.
Shahril meminta bantuan adik kawan baiknya untuk menyamar sebagai kekasihnya. Dia membuat rancangan itu untuk mengetahui perasaan Mai terhadapnya. Shahril dan Wafa sepakat untuk berjumpa dengan Mai dan berlakon seperti pasangan kekasih. Mai sedaya upaya mengawal perasaannya yang terluka di hadapan Shahril. Shahril telah meminta persetujuan Mai untuk berkahwin dengan Wafa. Haha kelakar tul Shahril ni. Sehari sebelum tarikh nikah Shahril, Mai telah membawa diri. Ha kelam kabut Shahril cari Mai untuk beritau perkara sebenar.
Mai tinggal serumah dengan Kamariah iaitu kawan rapat dan sekampung. Dia bekerja kilang di tempat Kamariah dan terserempak dengan Amin yg memang sebijik macam Shahril. Mai berhasrat untuk temukan Shahril dan Amin kerana mereka adalah adik beradik kembar. Ibu mereka telah serahkan Shahril kepada keluarga En. Nasir kerana hidup susah. Shahril telah berjaya memujuk Mai untuk kembali bersama dan bekerja di syarikatnya. Dah jadi loving couple diorang ni.
Mai sedaya upaya memujuk Shahril berjumpa dengan ibunya yang sedang sakit tenat kerana kanser payudara. Shahril berdendam dengan ibu kandungnya kerana telah membuangnya. Akhirnya Mai berjaya memujuk Shahril untuk berjumpa dengan ibunya. Kasih ibu bawa ke syurga!Shahril dapat terima keluarga kandungnya semula dan ibunya meninggal dunia. Tetapi ibunya sempat meminta maaf dan menceritakan perkara sebenar kepada Shahril.
Tup2 dalam diam Amin dan Kamariah couple. Shahril dan Mai memang bahagia sgt2. Shahril yg sebelum ni memang liat nak solat akhirnya berubah.







about 1 year ago
salam..best x citer nie?..cam best jer.teringin nk baca..
about 1 year ago
salam…best
about 1 year ago
Boleh tk suruh eina afrina buat diari cintaku 2? cite ny best sanagt. hope dye buat novel ny yg kedua
about 1 year ago
betul tu sy sokong 100% .. klw eina afrina bwt diari cintaku 2 ,, conform jdi bestseller ,, huh
about 1 year ago
Sweet sangat cerita ni , mesti best kan cinta lepas khawin ni . Memang terbaiklah Eina Afrina
about 1 year ago
serokkan