memang terbaek… !
Archive for September, 2011
NOVEL | EPISOD CINTA
Sep 22nd
Posted by HANTUNOVEL in NOVEL | 8,609 views
novel ni hasil karya Aira Aliff, penerbitan Buku Prima. Best…best…best.
HAREEZ RIFFQAL….memang kacak mamat ni, kaya dan memang playboy. Awek keliling pinggang dan sering bertukar pasangan. Tapi dalam kasanova mamat ni dia tak sampai bawak aweks2 ni ke katil. Dia akan berhenti berpoya bila jantung berdetup detap berhadapan dengan mane2 pompuan. So far blum lg. Hahaha sebab dia blum jumpe ngan heroin.
AIRA HANNA….memang ramai peminat, memang cantik, sopan santun, lembut. Aira anak yatim piatu selepas ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan. Sesape tengok die ni memang terpikat habis r. Tapi dalam reramai lelaki yg nak tackle dia ni, takde sesape lagi yg buatkan jantung dia berdetup detap. Hahaha sebab blum jumpe ngan hero.
Ha jantung dedua orang ni mula berdetup detap bila bertentang mata. Aira yang bekerja sebagai interior design telah diarahkan oleh bosnya Syamsul Asyraff untuk mereka bentuk rumah kawan baiknya Hareez Riffqal. Memang gelabah abis dua2 watak ni bile berjumpe. Tapi diorang memang pandai cover hati masing2. Continue reading “NOVEL | EPISOD CINTA” »
NOVEL | DIARI CINTAKU
Sep 22nd
Posted by HANTUNOVEL in NOVEL | 4,931 views
Penulis novel ni adalah Eina Afrina, keluaran Buku Prima.
Aduhai cinta…ia datang jua walau kehadirannya tak kupinta.
Ha cite ni sweet sesangat n best! Maizatul….tabah orangnya hadapi mak tiri yg cam singa! Mai sering dimarahi, diherdik dan dipukul tanpa belas kasihan. Bertahun-tahun dia bersabar dengan perangai mak tirinya. Dia dijadikan seperti orang gaji dan segala perbuatan mak tirinya disembunyikan dari pengetahuan ayahnya.
Ayahnya yang kesian dengan nasib Mai cuba mengubahnya. Kawan baik ayahnya En. Nasir yg datang ke rumah tersebut telah berkenan nak bermenantukan Mai untuk anak lelakinya Shahril. Haha orangnya educated, berlagak, sombong, terlampau pembersih dan banyak songeh tapi tetap cute n hensem. Ayah Mai menerima pinangan tersebut…… Continue reading “NOVEL | DIARI CINTAKU” »
NOVEL | JAUH DARI CINTA
Sep 21st
Posted by HANTUNOVEL in NOVEL | 7,702 views
Next review Novel karya Adah Hamidah, penerbitan Karya Seni.
Semakin jauh aku berlari, semakin cinta itu menjauh pergi. Lantas tidak lagi kumengejar, kerana kau hanya bahagia apabila kuberhenti…..
Nysa Sakinah dan Farish Aqil memang best!Best!Best….
Nysa dan Farish pernah rapat semasa di Universiti dan merupakan adik dan abang angkat. Selepas Nysa luahkan perasaan cinta dia pada Farish, hubungan mereka mulai renggang kerana Farish mencintai orang lain iaitu Lily. Nysa masih solo sehinggalah dia tamat belajar dan bekerja. Ibu Nysa telah mencarikan jodoh untuk Nysa dan memaksanya untuk berkahwin dengan anak kawan baik ibu bapanya.
Nysa menolak keras perkahwinan itu setelah mendapat tau yg jodohnya adalah Farish. Farush ermmmm sangat memikat, hensem dan kerja sebagai doctor. Tidak mungkin dia berkahwin dengan Farish yg pernah menolak cintanya dulu. Farish telah memujuk Nysa untuk menerimanya dan pelbagai cara telah digunakan untuk menarik perhatian Nysa. Dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh Farish, Nysa telah bersetuju untuk mereka mengikat tali pertunangan. Tapi lain plak jadinya……. Continue reading “NOVEL | JAUH DARI CINTA” »
NOVEL | AKU BUKAN MISTRESS
Sep 8th
Posted by HANTUNOVEL in NOVEL | 9,740 views
Karya oleh Acik Lana dan penerbitnya adalah Kaki Novel Entp.
Marahlah sepuas hatimu, caci makilah selagi kau terdaya, hinalah aku selagi kau mampu, Tapi….kenapa aku tak pernah mampu untuk membencimu?
Best…best…best…tak rugi korang beli! Mya Arlissa secantik namanya tetapi tidak secantik hidupnya. Mya yang kematian ibubapanya telah dijaga oleh mak ngahnya tetapi sering didera. Murad iaitu suami mak ngahnya telah merogol Mya semasa Mya berumur 15 thn. Mya dituduh menggoda Murad dan amat dibenci oleh mak ngahnya dan orang kampong. Murad telah menjual Mya kepada David dan bermula dari detik itulah Mya menjadi pelacur kelas atasan. Sehinggalah dia beralih tangan kepada Mikail.
Mikail, hensem, berkaliber, kaya dan memang lengkap pakej mamat ni. 2 tahun dia memperhambakan Mya sebagai perempuan simpanan di kondonya. Mya telah dibeli oleh Mikail daripada david dengan harga RM50,000.00 hanya mengikut segala telunjuk Mikail. Segala caci maki Mikail terhadapnya sudah menjadi biasa. Dia perlu melayan nafsu Mikail apabila diperlukan. Mya mengangap Mikail sebagai penyelamatnya daripada David. Dalam diam dia telah menaruh hati kepada Mikail. Continue reading “NOVEL | AKU BUKAN MISTRESS” »








