Bagi peminat kereta, membaca head line aku je “TOYOTA CAMRY 2012″ dah pasti membuat korang teruja. Memang betul Toyota akan melancarkan model terbaru untuk Toyota Camry 2012 yang merupakan generasi ke-7 dalam model Camry. Tapi pelancaran model ni hanya di US iaitu pada bulan september 2011. Untuk pasaran malaysia tak tau lagi, maybe ujung tahun kot.

Perkara ini telah disahkan dalam video rasmi Toyota yang disampai oleh pengarah Toyota itu sendiri iaitu AKIO TOYODA. Dia ada review pasal pasaran Toyata Camry yang baik kat US dan model baru Camry yang merupakan model Camry yang paling terbaik setakat ni. Dalam video tu gak, ada ditunjukkan Toyota camry 2012 yang baru tapi dia tunjuk lampu depan jer. Yang aku ada hanya gambar kat atas tu yang merupakan gambar paten register untuk Toyota Camry 2012.

Dari segi technical pulak,  ada sumber yang tak rasmi mengatakan toyota Camry 2012 akan mengunakan engin dan transmission yang baru. Selain itu tiada lagi info rasmi  yang telah dikeluarkan oleh pihak Toyota, nanti aku akan review lagi kalau ada² info rasmi untuk korang. Mana yang berangan² nak angkat Camry untuk Raya ni, anda fikir² kan kay ahah. chalo..

Latest Update

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...