“Bila Hati mula berbicara, tiada kata mengungkap rasa”

Penulisnya Kamsiah Abu dan Tintarona adalah penerbit. best..best..best!

Ha aku nak kenalkan watak2nya dulu. Azmira lepasan ijazah, cantik dan amat memikat, anak kepada Jamilah @ Rosmilah. Bapanya baru meninggal dunia. Badrul seorang pengarah projek di syarikat keluarganya Dato’ Bahar, hensem dan berkaliber. Razif pula teman lelaki kepada Azmira, anak kepada Zubaidah yang merupakan isteri kedua ayahnya iaitu Tan Sri Razman. Dato’ Rushdi pula merupakan abang tiri Razif dari isteri pertama Tan Sri Razman iaitu Puan Sri Zarah. Julie merupakan anak Dato’ Rushdi.

Novel TERPENJARA DI KAMAR SUTERA ni best! Episode Terpenjara di kamar sutera bermula apabila Azmira yang baru abis blaja diminta oleh paklong dan maklongnya untuk bekerja di kedai mereka di Penang bila menantu mereka masuk hospital. Pertemuan pertama Badrul dan Azmira mula bila Badrul yang nak tengok projeknya di Penang yang alami masalah. Dia membuat lawatan mengejut ke tapak projek. Badrul ni memang komited pada kerja. Dia telah dibawa oleh pembantunya Azhar ke kedai yang dijaga oleh Azmira. Ha, Love at first sight! Badrul jatuh cintan dengan Azmira. Best2.

Azmira yang tinggal di rumah maklongnya sendirian pada malam maklong dan paklong pergi ke hospital telah didatangi seorang jejaka hensem iaitu Badrul. Badrul ingin berjumpa dengan paklongnya yang merupakan bekas pekerjanya. Semasa berduaan di dalam rumah, mereka dikejutkan dengan sekumpulan orang masjid yang masuk ke rumah itu. Azmira merasakan dunianya gelap gelita apabila dikatakan berkhalwat. Nyawanya bagai tercabut begitu juga dengan Badrul. Paklong, maklong dan ibunya amat terkejut dan malu dengan kejadian yang mengaibkan itu. Paklongnya telah mendesak Azmira dan Badrul berkahwin bagi menutup malu. Badrul rasa bagai bulan jatuh keriba apabila dapat memiliki Azmira yang dicintainya walaupun cara memalukan. Hahaha Badrul memang best.

Selepas mereka dinikahkan, Azmira telah membawa diri tanpa beritahu kemana arahnya. Jamilah sangat risau. Badrul juga macam orang sasau bila isteri yang dinikahinya melarikan diri. Dia telah pergi ke rumah kawan baiknya di Perak dan keesokannya ke Kuala Lumpur. Dia nekad untuk melarikan diri dari Badrul dan segala masalah. Ini kerana hatinya hanya untuk Razif. Di KL, dia telah menumpang di bilik Nurjihah. Dia meminta tolong Razif untuk mencarikannya kerja segera. Razif membantu Azmira bekerja di syarikat ayahnya Tan Sri Razman dan di ketuai abang tirinya Dato’ Rushdi. Azmira bekerja sebagai Engineer sesuai dengan kelulusannya.

Badrul semakin resah dan bimbang dengan keselamatan Azmira. Sudah banyak tempat dicari tapi tak jumpa. Telepon pulak Azmira tidak angkat. Di syarikat Gerbang maju, Azmira diminta uruskan projek dengan syarikat Sejahtera Holding. 2 hari kehilangan Azmira terjawab bila Badrul berjumpa Azmira di dalam mesyuarat syarikatnya. Azmira amat terkejut apabila dapat tahu yang Sejahtera Holding kepunyaan Badrul. Badrul hepy sangat2 dapat jumpa isteri tercinta dan amat dirindui. Layanan mesra Razif pada Azmira membuatkan Badrul cemburu tanpa mengetahui bahawa mereka adalah pasangan kekasih.

Setiap hari Badrul memujuk Azmira untuk berjumpa dan berbincang masalah mereka tetapi ditolak oleh Azmira dengan pelbagai alasan. Razif yang mencintai Azmira tanpa mengetahui status Azmira telah mengajak Azmira berjumpa ibu bapanya. Azmira hanya menurut untuk menjaga hati Razif. Keluarga Razif dapat menerima Azmira dengan baik termasuk Julie. Julie ingin dijodohkan oleh Tan Sri Razman dengan anak Dato’ Bahar iaitu Badrul. Badrul menentang hebat cadangan ayahnya kerana sayangkan Azmira. Dia masih belum memberitahu status dirinya kepada Dato’ Bahar dan neneknya kerana tahu penolakan akan dibuat oleh ayahnya. Azmira sangat terkejut apabila mengetahui Badrul akan ditunangkan dengan Julie. Perasaan cemburu ada untukk suaminya tetapi dipendam kerana ego.

Akhirnya Azmira bersetuju untuk berjumpa dengan badrul untuk berbincang tetapi tidak di tempat awam. Badrul membawa Azmira ke kondo yang dibelinya untuk mereka. Badrul sedaya upaya memujuk Azmira untuk membaiki hubungan mereka sebagai suami isteri. Azmira yang terasa cinta untuk suaminya memang hadir telah menerima Badrul. Bestnye couple ni. Selepas itu mereka berjumpa secara sembunyi dan status mereka dirahsiakan daripada keluarga Badrul. Azmira sering mendesak Badrul untuk memberitahu keluarganya kerana sering tertekan dengan Razif yang mengajaknya berkahwin.

Jamilah telah datang ke Kuala Lumpur untuk konvokesyen Azmira dan menetap di kondo Badrul. Razif pelik dengan Azmira yang merahsiakan tempat ibunya tinggal. Badrul dengan beraninya telah memberitahu ayahnya tentang perkahwinannya setelah didesak oleh Dato’ Bahar kerana Badrul sudah berhari2 tidak balik ke rumah. Dia gembira sgt2 bila ayah dan nenek dapat terima dengan tenang tetapi masih dirahsiakan siapa isterinya. Rahsia 25 tahun keluarga Tan Sri Razman terbongkar bila mereka melihat gambar Jamilah di surat khabar. Keluarga Tan Sri berjaya mengetahui alamat rumah Azmira. Jamilah @ Rosmilah amat terkejut dengan kedatangan keluarga Tan Sri @ ayah kandungnya.

Azmira amat terkejut dengan rahsia yg disimpan oleh ibunya. Ibunya telah dihalau oleh Puan Sri Zarah kerana tidak ingin dijodohkan dengan Dato’ Bahar hahaha ayah Badrul. Puan Sri Zarah amat menyesal dengan tindakannya dan meminta maaf. Keluarga Tan Sri plak terkejut bila Badrul muncul. Azmira memberitahu siapa Badrul dan mereka tetap gembira kerana hubungan kekeluargaan tetap terjalin antara keluarga Dato’ Bahar dan Tan Sri Razman. Julie plak dah ader pujaan hati iaitu Azhar. Pusing2 situ gak. Tapi kesian plak pada Razif. Mamat ni baik sangat tapi tak bleh kawen ngan Azmira sebab pangkat pak sedara. Ish2 sian2. Dia akhirnya dengan Nurjihah. Azmira dan Badrul disandingkan dan Heppy ending.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...