Sebenarnye banyak novel yang best² kat pasaran sekarang ni yang telah menjadi koleksi aku,. Tapi aku akan dulukan mana² yang paling best untuk aku review sinopsis buat tatapan korang. Novel kali ni daripada penulisan Mimie Afinie daripada terbitan Karnadya yang bertajuk ÝANG KUCARI.

Yang ku cari mengisarkan hubungan kekeluargaan antara melayu dan cina di mana gadis yang bernama Aryana merupakan kacukan melayu cina. Mamanya merupakan seorang mualaf yang cuba mencari perlindungan daripada kawan baiknya iaitu seorang yag beragama islam. Tuan Goh iaitu baba kepada mamanya @ Soraya sangat konservatif terhadap agama dan tidak dapat menerima bahawa anaknya memeluk agama Islam. En Khalid iaitu abah Ariyana telah berkahwin dengan Soraya tanpa pengetahuan isteri pertamanya iaitu mama Izan @ Afizan.

Yang ku cari membawa anda kepada sebuah keluarga yang bahagia tetapi tidak pada mama Izan dan Aryana. Mama Izan melayan anak tirinya seperti orang luar sejak Aryana berpindah kerumahnya setelah Soraya meninggal dunia. Aryana yang bekerja di kedai cermin mata @ Gold Optical kepunyaan Benjamin cuba dipikat oleh Zahim iaitu kawan baik Benjamin dan pelanggan tetap kedai itu. Aryana menolak risikan Zahim secara baik kerana hatinya ada pada hatta iaitu kawan baiknya sejak kecil. Namun hatinya disakiti apabila Hatta sudah mempunyai kekasih.

Papa Zahim iaitu En Farouk mengetahui isi hati anaknya lalu cuba merisik Aryana tanpa pengetahuan anaknya. Aryana sekali lagi menolak tanpa mengetahui siapakah anak En. Farouk. Atas nasihat abah Aryana, Aryana akhirnya menerima Zahim walaupun tiada perasaan cinta dihatinya. Mama Zahim yang dihasut oleh menantunya Mazian telah menyangkakan bahawa suaminya mempunyai hubungan sulit dengan Aryana. Aryana dipaksa berpisah dengan Zahim.

Pasangan Aryana dan Zahim yang telah terpisah akhirnya kejinjang pelamin setelah mama Zahim menyesali kesilapannya. Mazian membantu adiknya Syira memikat Zahim tetapi lain yang jadi apabila Syira telah dirogol oleh Jijoe.

Aryana bertemu semula dengan popo dan gong gong yang telah lama dibenci. Benjamin pula merupakan bapa saudaranya sendiri dan telah memeluk agama Islam. Yang ku cari menemukan semua keluarga yang sebelumnya membenci, berdendam di dalam keharmonian dan kegembiraan. Aryana selamat melahirkan baby boy tanda kasihnya terhadap suami tercinta Zahim. Epy ending…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...