memang terbaek… !
MISTERI VIVA & KERA

Sharing is caring.. entri kali ni special request daripada officemate aku yang berkeras suruh aku masukkan cerita dia dalam TAUHUSUMBAT. Cerita ni telah diceritakan kepada aku bersama 2 lagi officemate aku yang lain semasa kami sama² menuju ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Sayu dan misteri.. itulah kata² yang dapat aku ungkapkan selepas mendengar cerita beliau. Bagi tak mengecewakan Razak (nama sebenar) aku sumbatkan jugak kisah dia ni buat tatapan korang.. semoga menjadi pengajaran buat kita semua. Sebenarnya En Razak ni dah bunuh makhluk Tuhan paling sexy.. jeng..jeng..jeng
Semuanya bermula apabila Razak melalui highway kat jalan Nilai. Tengah asyik memecut dengan kereta baru daripada pengeluar No 2 kereta Malaysia, tanpa beliau sedari terdapat sekumpulan keluarga kera sedang melintas jalan tanpa melihat ke kiri dan kanan terlebih dahulu ketika melintas.

Dengan kelajuan kereta Razak yang sedang meluncur pada masa tu, beliau sama sekali tidak sempat brek apatah lagi untuk mengelak keluarga kera tadi. Yang lebih menyedihkan, beliau telah terlanggar seekor ibu kera yang sedang mendokong anaknya.Daripada cerita beliau, anak kera tu telah terpelanting jauh manakala ibu kera telah terkena hentakan yang kuat sekali gus dilenyek masuk ke bawah kereta beliau. Cuba korang bayangkan.. dasyyat²… Daripada cermin pandang belakang beliau dapat pastikan ibu kera tu telah mati dan scene yang tidak dapat beliau lupakan ialah apabila anak kera tadi datang meratapi ibunya yang telah mati.
Semenjak hari tu, peristiwa dan scene tersebut asyik bermain² dan mengganggu fikiran beliau. Rasa bersalah tak terlepas daripada perasaan beliau sehingga kini. Beliau juga menceritakan beliau seolah² di boikot oleh Persatuan Kera Sedunia apabila beliau dikacau sekumpulan kera apabila melawat salah satu pulau di Langkawi selepas peristiwa yang berlaku di Nilai. Bukan setakat itu sahaja, kereta beliau mula mengeluarkan bunyi² yang pelik seolah² seekor kera berada dalam bonet depan kereta beliau. Yang peliknya selepas pemeriksaan mekanik dilakukan, didapati tiada apa² yang rosak. Mungkinkah itu roh ibu kera tadi yang menghantui hidup Razak bagi membalas dendam apa yang telah Razak lakukan kepadanya. ? Sampai sekarang masih menjadi misteri.
Kesimpulannya janganla korang memandu kereta terlalu laju dan lalai terutama di highway Nilai. Kepada korang semua yang rasa mampu membantu masalah Razak ni, ringan²kan lah tinggalkan komen. Jangan hidup anda diselubungi misteri…







about 1 year ago
sebelom ni, razak pernah kene serang ngan gagak gak…..die penah langgar gagak pakai viva jugak ke?
about 1 year ago
mungkin kot.. aku rase dia tak suke binatang…
about 1 year ago
hehe..takpe. bawa saga tak kena kacau. bawa viva aje kot. hehe..
about 1 year ago
kesian sungguh.. kena jadikan pengajaran kepada pemandu diluar sana supaya tidak memandu dengan laju.. Igtlah or tersyg..hehehe.. jom lawat blog aku yg xbrapa cantik ni.. http://trioblogger.com
about 1 year ago
Pasal kera tu mungkin En. Razak kena buat sedekah jariah kepada Persatuan Kera Sedunia.
Pasal gagak tu sensitive sikit sebab kejadian ni berlaku hampir 1/3 daripada warga sekerja. Kumpulan gagak hitam nie menyerang dilaluan strategik dan modus operandinya sama iaitu patuk dan lari. Yang paling kejinya siap mengeluarkan vocal suaranya ditelinga mangsa2.
about 1 year ago
bru ko nak komen eh lame aku tunggu ko
about 1 year ago
Dalam beberapa hari nie memang sibuk memanjang dgn hal family.
about 1 year ago
pejal marah aku taruk tajuk Viva & Kera sbb dia pun pkai Viva ahahha
about 1 year ago
Sudahlah Pejal tu bila nak tukar keta. Gaji 5K pakai viva. Kedekut!
Apa2 pun tks a lot kerana sudi kongsi cerita dalam blog ni.
Adios for today…
about 1 year ago
huhu..agk seram jgk laa…