MALAYSIA TANAH AKHIRKU… 2nd leg ni kita main HOME YEAH…. kat Staduim Nasional Bukit Jalil.. memang terbaek mesti boleh menang punyer walaupun kita dibelasah oleh singapura 5 – 3 hari tu. Kali ni kita main padang original, bukan padang dan pemain tiruan tau ! hehe.. real football ,bukan macam hari tu kat Singapura macam main futsal jer aku tengok.. bola melantun punyerla tinggi… ni dia baru padang bola sepak..

Barang yang lepas usang dikenang.. kalau dikenang buat sakit hati jer.. alah setakat ketinggalan 2 biji gol jer ape kesah.. MALAYSIA boleh punyer.. tapi harap sangatla Rajagopal kasi defend biar mantop sikit, tutup rapat².. janganla gugup semacam jer.

So geng ape lagi, bagi yang nak layan kat stadium tu aku kasilah info sikit Tiket terbahagi kepada tiga kategori iaitu RM50 untuk tempat duduk utama (grand stand), RM30 (terbuka) dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Untuk esok 28 Julai 2011 tiket dijual dari jam 9.00 pagi hingga waktu rehat perlawanan (kalau tak SOLD OUT la) di Stadium Nasional, Bukit Jalil dekat Pintu Kuning. Untuk membeli tiket secara online pula sila layari laman sesawang www.tickethotline.com.my. Mana yang nak layan kat TV tu.. macam biasala layan Astro dan TV 2 pada pukul 8.45 malam.

Kali ni confirm.. (kalau aku jd PM la) kalau kita menang dan seterusnya layak ke peringkat seterusnya, aku mesti kasi korang cuti peristiwa untuk hari jumaat hehe panjang sikit cuti nak sambut Ramadhan. Harapan melangit ni ehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...