memang terbaek… !
NEW MACBOOK AIR [VIDEO]
Apple baru jer melancarkan MacBook Air yang terbaru. Produk terbaru daripada Apple ini akan menjadi saingan kepada Notebook daripada samsung iaitu SAMSUNG NOTEBOOK SERIES 9 yang aku cerita sebelum ni. MacBook Air kali pertama telah diperkenal pada tahun 2008 dan telah dikenali sebagai ’World’s Thinnest Notebook’. Kelebihan yang ada pada MacBook Air sudah tentulah pada rekabentuknya yang sangat nipis dan ringan.
Semenjak itu sebanyak 3 kali perubahan telah dilakukan oleh Apple terhadap rekabentuk, hardware dan software MacBook Air sehinggalah yang terbaru yang telah mula dijual pada 20 Julai 2011. MacBook Air terbaru ini juga menggunakan operating System (OS) yang paling terbaru daripada Apple iaitu OS X Lion yang telah pasarkan pada hari yang sama jualan MacBook Air ni. Ada apa dengan Macbook Air terbaru ni ? jom kita review skit.

Antara ciri² menarik MacBook Air
MacBook Air terdapat dalam 11 dan 13 inci yang mempunyai processor terbaru daripada Intel iaitu Dual Core Intel Core I5 dan I7 yang mempunyai kelajuan sehingga 1.8 GHZ yang membawa perubahan sebanyak 2.5 kali lebih pantas daripada model sebelumnye. Ia juga dilengkapi dengan pemproses Intel HD Graphics 3000 yang mampu memainkan video serta FaceTime dengan lebih baik dan lancar
Gadget seperti iPhone dan ipad telah menunjukkan kelebihan data storan flash yang mempunyai kelajuan dan kecekapan yang lebih baik daripada hard disk biasa malah ia juga lebih ringan. Ia juga membolehkan sesuatu data itu diakses dengan lebih cepat. Penggunaan Flash juga membolehkan notebook berada dalam keadaan stanby mode sehingga 30 hari.

Mempunyai display beresolusi tinggi dengan berjuta² piksel dan mempunyai hanya 0.19 inci ketebalan skrin. Dengan mempunyai resolusi yang sangat tinggi, anda akan berasa seperti melihat screen 13 inci apabila mengguna MacBook Air 11 inci dan 15 inci apabila menggunakan 13 inci. Dari segi pembesar suara pula, MacBook Air dilengkapi dengan stereo penuh dikiri dan kanan supaya anda dapat menikmati audio yang kaya setiap kali anada menggunakan MacBook Air.

Dengan rekabentuk MacBook Air yang sangat nipis dan compact, Apple mampu meletak keyboard bersaiz penuh malah MacBook Air terbaru mempunyai Backlit iaitu cahaya yang terdapat pada setiap butang keyboard. Ia mampu mengesan perubahan cahaya sekeliling sekaligus melaraskan kecerahan cahaya pada keyboard secara automatik.


Dari segi bateri pula, ia mampu bertahan selama 5 jam sahaja bagi 11 inci dan 7 jam pula bagi yang 13 inci kalau penggunaan berterusan. Kalau stanby mampu bertahan selama 30 hari

Harga pula taklah mahal sangat ehehe mahal sangatla beb.. korang tengoklah sendiri paling murah pun RM 3,099.00 tak termasuk lagi extension warranty.










about 1 year ago
gajet menarik yg mempunyai fungsi kegunaannya yg lebih canggih pada masa kini