Yeah.. Ramadhan datang lagi.. Aku nak tanya korang.. macamana permulaan puasa bagi umat Islam ditetapkan.. ? mesti korang jawab “tengok anak bulan” kan².. YA BETUL tapi sebenarnya cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab yang telah diamalkan oleh Majlis Raja-Raja Malaysia. Apa itu Rukyah dan Hisab.. jom kita dalami dan pelajari serba sedikit supaya kita benar² faham apa yang kita kerjakan dan amalkan.

Menentukan Awal Ramadhan Secara Rukyah

Berdasarkan petunjuk daripada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam-, awal Ramadhan ditentukan dengan melihat hilal (anak bulan) secara langsung atau dengan kesaksian satu orang yang balig, berakal, muslim, dapat dipercaya dan mampu menjaga amanah yang melihat secara langsung. Apabila hilal ini tidak terlihat atau tidak ada kesaksian dari satu orang kerana mendung atau tertutupi awan, maka bulan Sya’ban disempurnakan (digenapkan) menjadi 30 hari.

Hal ini berdasarkan firman Allah ta’ala,

فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ

Kerana itu, barangsiapa di antara kamu menyaksikan (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan tersebut.” (QS. Al Baqarah [2] : 185)

Dan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

الشَّهْرُ تِسْعٌ وَعِشْرُونَ لَيْلَةً ، فَلاَ تَصُومُوا حَتَّى تَرَوْهُ ، فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا الْعِدَّةَ ثَلاَثِينَ

Apabila bulan telah masuk kedua puluh sembilan malam (dari bulan Sya’ban). Maka janganlah kalian berpuasa hingga melihat hilal (anak bulan). Dan apabila mendung, sempurnakanlah bulan Sya’ban menjadi tiga puluh hari.” (HR. Bukhari)

Menentukan Awal Ramadhan Secara Hisab

Korang tau tak sebenarnya menentukan bermula puasa bukanla 100% dengan cara hisab (menghitung posisi bulan yang merupakan sebahagian dari ilmu nujum) sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakkan orang. Namun yang lebih tepat dan sesuai dengan petunjuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan melihat/mengenal anak bulan adalah secara rukyah (iaitu melihat bulan secara langsung dengan mata telanjang). Nabi kita shallallahu ‘alaihi wa sallam  telah bersabda,

إِنَّا أُمَّةٌ أُمِّيَّةٌ ، لاَ نَكْتُبُ وَلاَ نَحْسِبُ ,الشَّهْرُ هَكَذَا وَهَكَذَا

Sesungguhnya kami adalah umat ummiyah. Kami tidak mengenal kitabah (tulis-menulis) dan tidak pula mengenal hisab. Bulan itu seperti ini (beliau berisyarat dengan bilangan 29) dan seperti ini (beliau berisyarat dengan bilangan 30).” (HR. Bukhari dan Muslim). Ibnu Hajar dalam Fathul Bari mengatakan bahawa yang dimaksud hisab di sini adalah hisab dalam ilmu nujum (perbintangan).

Hadits ini menunjukkan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak mengenal ilmu hisab sama sekali. Dan perlu diketahui pula bahawa di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sudah ada ilmu hisab, namun beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak menggunakannya. Ingatlah, petunjuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam –lah yang benar dan merupakan sebaik-baik petunjuk. Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah mengatakan sesuatu berdasarkan hawa nafsunya. Perkataan beliau adalah wahyu Allah ta’ala.

Perhatikan pula bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah mengaitkan hukum masuknya bulan ramadhan dengan hisab sama sekali sebagaimana beliau jelaskan dalam hadits di atas (yaitu ‘Dan apabila mendung,sempurnakanlah bulan Sya’ban menjadi tiga puluh hari‘). Dalam hadits ini Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak memerintahkan kita untuk bertanya pada ahli hisab (pakar ilmu nujum). Beliau memerintahkan kita -apabila tidak melihat anak bulan maka genapkan bulan Sya’ban menjadi tiga puluh hari. Demikianlah bulan hijriyah, jumlah hari di dalamnya tidak mungkin lebih dari 30 hari dan tidak mungkin kurang dari 29 hari. Sehingga para ulama mengatakan bahawa yang lebih tepat dalam melihat hilal adalah dengan ru’yah dan bukan dengan hisab.

Apabila pada malam ketiga puluh Sya’ban belum juga terlihat hilal kerana terhalangi oleh awan atau mendung maka bulan Sya’ban harus disempurnakan menjadi 30 hari. Dan pada hari tersebut tidak diperbolehkan berpuasa berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Ikutilah Pemerintah dalam Menentukan Puasa Ramadhan atau Hari Raya

Islam itu indah dan mudah, bagi  menjaga persatuan kaum muslimin, maka cara terbaik dalam menentukan awal Ramadhan adalah dengan mengikuti keputusan pemerintah( kerajaan). Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

صَوْمُكُمْ يَوْمَ تَصُوْمُوْنَ وَفِطْرُكُمْ يَوْمَ تُفْطِرُوْنَ وَأَضْحَاكُمْ يَوْمَ تَضَحُّوْنَ

Puasa kalian ditetapkan tatkala masyarakat kalian berpuasa, idul fithri ditetapkan tatkala masyarakat kalian beridul fithri, dan idul adha ditetapkan tatkala masyarakat kalian beridul adha.” (HR. Tirmidzi, beliau mengatakan hadits ini hasan ghorib). Lalu Imam Tirmidzi mengatakan, “Sebahagian para ulama menafsirkan hadits ini dengan mengatakan, ‘Maksud hadits ini adalah puasa dan hari raya hendaklah dilakukan bersama jama’ah (yaitu pemerintah kaum muslimin) dan  masyarakat“.

Sebab itulah kat Malaysia ni pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam melihat anak bulan.

Aku harap korang dapatla serba sedikit info yang berguna terutama yang Menentukan Awal Ramadhan Secara Hisab. Bagi yang nak tengok anak bulan.. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia,  masa melihat anak bulan pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah dan tempat²nye seperti berikut:

  • Pontian Kecil di Johor
  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka)
  • Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor)
  • Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor)
  • Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah)
  • Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
  • Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu)
  • Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan)
  • Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan)
  • Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak)
  • Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang)
  • Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
  • Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)
  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
RENUNG²KAN & SELAMAT BERAMAL
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...