memang terbaek… !
Archive for July, 2011
MENENTUKAN 1 RAMADHAN SECARA RUKYAH & HISAB
Jul 30th

Yeah.. Ramadhan datang lagi.. Aku nak tanya korang.. macamana permulaan puasa bagi umat Islam ditetapkan.. ? mesti korang jawab “tengok anak bulan” kan².. YA BETUL tapi sebenarnya cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab yang telah diamalkan oleh Majlis Raja-Raja Malaysia. Apa itu Rukyah dan Hisab.. jom kita dalami dan pelajari serba sedikit supaya kita benar² faham apa yang kita kerjakan dan amalkan.
Menentukan Awal Ramadhan Secara Rukyah
Berdasarkan petunjuk daripada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam-, awal Ramadhan ditentukan dengan melihat hilal (anak bulan) secara langsung atau dengan kesaksian satu orang yang balig, berakal, muslim, dapat dipercaya dan mampu menjaga amanah yang melihat secara langsung. Apabila hilal ini tidak terlihat atau tidak ada kesaksian dari satu orang kerana mendung atau tertutupi awan, maka bulan Sya’ban disempurnakan (digenapkan) menjadi 30 hari.
Continue reading “MENENTUKAN 1 RAMADHAN SECARA RUKYAH & HISAB” »
RESULT MALAYSIA VS SINGAPURA (2ND LEG)[VIDEO]
Jul 28th
Biasala adat perlawanan ada yang kalah dan ada yang memang.. tapi apasal Malaysia yang kalah pulak ni.. aden kecewa tau. Permainan yang hampir sama.. pertahanan dan tengah sayur.. nak harapkan Safiee seorang payahlah.. Khairul Fahmi goalkeeper Malaysia memang terbaek. Kad merah memang wajib ker untuk pemain Malaysia setiap perlawanan.. ? eemm.. Tahniah juga kepada Singapura kerana permainan dan lakonan yang cukup baik 2 THUMBS UP. Terima Kasih juga kepada semua rakyat Malaysia terutama yang berada di stadium, korang memang sporting. Kesimpulannye…
Malaysia (1) vs Singapura (1)
Penjaring – Safee Sali (min.57), Syi Jiayi (min.71)
Singapura layak ke peringkat seterusnya pada agg Singapura (6) dan Malaysia (4)
THE END
KERAJAAN BAYAR PAMPASAN – KES KETUK KETAMPI BOGEL
Jul 28th

(MAKCIK KAYO)² hehe… korang ingat lagi tak kes seorang tahanan perempuan bernama Hemy yang dirakam kelakuannye ketika di suruh ketuk ketampi secara berbogel di polis di balai Petaling Jaya pada tahun 2005. Kecoh masa tu, video tersebar satu dunia tentang keburukan tindakan pihak polis yang bukan sahaja menghina tetapi mencabuli hak asasi manusia serta tidak dapat diterima mengikut Islam.
Malu beb.. saman tetap saman.. Hemy memfailkan saman dengan menamakan Mohd Dzulfatah Saari (ketika itu berpangkat konstabel), yang didakwa membuat rakaman berkenaan ketika dia sedang melakukan ketuk-ketampi dalam keadaan berbogel, dan kerajaan selaku responden pada tahun 2005, menuntut pampasan sebanyak RM10 juta dan berkata apa yang berlaku “adalah tidak adil” kepada dirinya kerana dimalu sedemikian di khalayak umum.. Giler banyak tu habis semua duit cukai korang huhu.
Penderitaan Hemy yang kini berusia 28 tahun, berakhir apabila mereka yang bertanggungjawab dan kerajaan bersetuju membayar pampasan. Peguam Baljit Singh yang mewakili Hemy memberitahu bahawa anak guamnya bersetuju menyelesaikan kes itu di luar mahkamah berikutan cadangan oleh responden serta kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mengumumkan jumlahnya.
Pada Januari 2006, kerajaan meluluskan peraturan melarang tahanan untuk dibogelkan untuk membuat ketuk ketampi dan mencangkung. Bagaimanapun sehingga hari, pihak berkuasa masih meneruskan amalan ketuk ketampi sambil berbogel bagi mencari dadah atau barangan lain yang disembunyikan di bahagian tertentu tubuh seseorang.
TIKET SOLD OUT – MALAYSIA VS SINGAPURA (2ND LEG)
Jul 28th

Biar betul.. memang happening la malam ni, 85,000 tiket habis dijual bagi perlawanan Malaysia menentang Singapura. Korang tengokla sendiri betapa rakyat Malaysia menyokong padu pasukan bola sepak negara kita, Bagi yang tak berjaya untuk dapatkan tiket, takpelah kita layan kat umah jerla. Bagi yang berjaya mendapatkan tiket tu.. pastikan laungan korang menjadi azimat sokongan dan kekuatan kepada pasukan Malaysia serta menjadi kegerunan bagi pihak lawan.
MALAYSIA BOLEH !!!

MALAYSIA VS SINGAPURA (2ND LEG)
Jul 27th

MALAYSIA TANAH AKHIRKU… 2nd leg ni kita main HOME YEAH…. kat Staduim Nasional Bukit Jalil.. memang terbaek mesti boleh menang punyer walaupun kita dibelasah oleh singapura 5 – 3 hari tu. Kali ni kita main padang original, bukan padang dan pemain tiruan tau ! hehe.. real football ,bukan macam hari tu kat Singapura macam main futsal jer aku tengok.. bola melantun punyerla tinggi… ni dia baru padang bola sepak..
Barang yang lepas usang dikenang.. kalau dikenang buat sakit hati jer.. alah setakat ketinggalan 2 biji gol jer ape kesah.. MALAYSIA boleh punyer.. tapi harap sangatla Rajagopal kasi defend biar mantop sikit, tutup rapat².. janganla gugup semacam jer. Continue reading “MALAYSIA VS SINGAPURA (2ND LEG)” »
WORDLESS WEDNESDAY # 2
Jul 27th
Wordless Wednesday : Setiap hari Rabu, blogger akan post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang keterangan bagi gambar tersebut, biar gambar tersebut yang menceritakan segalanye.
NOVEL | SETIA HUJUNG NYAWA
Jul 26th

Aku hanya ingin bersamamu,
kerana aku telah terlanjur mencintaimu…
Best!Best!Best!
Pengantin perempuan lari? Inilah takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina Imani dan Zain Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej walaupun baru umur 18 tahun. Zain pulak mesti lar hensem, caring. Sofea iaitu tunangan Zain telah melarikan diri ke luar Negara saat2 majlis perkahwinan mereka. Datin Adibah iaitu mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya. Zain hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga. Cari punyer cari..tup2 dia terjumpe dengan Ersalina di rumah Haliza. Kira cinta pandang pertama untuk dibuat menantu. Haliza iaitu mama Ersalina dan Datin Adibah merupakan rakan berpersatuan. Dia terus tertarik untuk jodohkan Ersalina dengan Zain.
Haliza pula merasakan bagai disorongkan bantal. Satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang melibatkan maruah keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur hati seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya tergadai hanya kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga Haliza telah diminta merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua orang. Malu beb! Haliza telah menerima lamaran Datin Adibah. Ersalina yg tak tau pape ni terpaksa terima untuk menjaga hati mamanya sekaligus menebus dosa hitamnya. Sebelum majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah terlanggar Zain di shopping complex dan dua2 terpana melihat keindahan Tuhan. Jeng…jeng…jeng..sudah jatuh cinta ke? Continue reading “NOVEL | SETIA HUJUNG NYAWA” »
RESULT MALAYSIA VS SINGAPURA (1ST LEG)[VIDEO]
Jul 24th
Keputusan perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia menentang Singapura 23 Julai 2011, Singapura 5 – 3 Malaysia. Al kisahnya pemain Malaysia Safiq Rahim dilayangkan kad merah minit ke-51 kerana melakukan flying kick dan pemain Singapura Ismail Yunus juga telah dilayangkan kad merah kerana menerima kad kuning kedua.
Cerita banyak pun tak guna hehe dah kalah. Apa-apa pun TAUHUSUMBAT mengucapkan tahniah kepada pemain Malaysia kerana tidak mudah mengaku kalah. Walaupun ketinggalan 3 gol pada separuh masa pertama, tetapi pemain Malaysia bangkit hinggalah tamat perlawanan. So aku kasi korang info² penjaring dan video setiap jaringan yang dihasilkan.
Penjaring gol adalah seperti berikut :
MALAYSIA
1. Safee Sali (min.1 & 69)
2. Abdul Hadi Yahya (min.68)
Singapura
1. Aleksandar Duric (min.7 & 80)
2. Qiu Li (min.21)
3. Mustafic Fahrudin (min.43)
4. Syi Jiayi (min.45)
Nantikan perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 28/7/2011(Khamis) 8:45 malam. Jom layan video.. frust ni…
Continue reading “RESULT MALAYSIA VS SINGAPURA (1ST LEG)[VIDEO]” »






