memang terbaek… !
PENAPIS AIR COWAY
Kali ni aku akan citer skit kat tauhusumbat ni pasal penapis air coway gadget tuk uma aku. Sebenarnye semua ni tiada langsung dalam perancangan keluarga aku dalam masa terdekat mahupun masa terjauh. Semua ni bermula bila aku and wife jalan² window shopping di MEGA HOME baru² ni, bukan ader duit pun sajer nak cuci mata tengok barang² perabot dan elektrik yang terbaru.
Window punyer window, shopping punyer shopping takde satu barang pun yang aku beli lagipun aku maner ade duit sangat pun sajer jer. Time aku nak balik sikit jer lagi nak kuar pintu, aku didatangi seorang salesmen berwatakkan lembut menyapa aku ” saya Asmara,dah nak dekat raya ni bang, bagus kalau ader alat ni” katanye. “Ape kebendanyer ni” balas aku ” ” alat penapis air Coway ” jawapnye. Aku takla berminat sangat tapi wife aku yang beriya nak tau lebih lanjut.
Akupun layanla,rupanya Coway ni ader banyak barangan daripada penapis air,udara sampaila peralatan kesihatan dibilik air. Tapi aku lebih berminat pada penapis air coway jenis Petit CHP-06DL super slip dengan design yang sanngat moden. Alat ni akan menghasilkan 3 suhu air iaitu panas, suam dan sejuk. Saiz dia takla terlalu besar dan kapasiti air yang boleh disimpan cukupla untuk aku anak beranak.
Terlebih dulu meh aku story skit Coway ni. Coway merupakan company dari Korea yang telah ditubuhkan pada tahun 1989 dan mula bertapak di Malaysia pada tahun 2006 dan telah menjadi saingan kepada produk² penapis air lain kat malaysia. Tujer yang aku tau kot huhuhu.
Nak dipendekkan cerita aku pun signupla tuk contract 5 tahun dengan penyelengggaraan percuma setiap dua bulan dengan bayaran RM 110.00 sebulan. Apa yang best lagi pemindahan ke tempat baru (berpindah rumah) adalah percuma. Bolehla.. tak payah lagi aku nak gaduh ngan wife aku siapa yang kene masak air. Lagipun rumah yang aku sewa ni, air dia kotor sanngat dan secara tidak langsung aku dapat mengamalkan hidup yang sihat.
Hari ni, pemasangan telah dilakukan. Wow yang boleh aku katakan, memang GILER COOL alat ni. Penapis air ni berfungsi secara Reverse Osmosis (RO). Air RO ni merupakan sejenis air yang mengandungi kandungan oksigen yang lebih tinggi dan mempunyai molekul yang lebih kecil jika dibandingkan dengan air masak so bagi yang meminumnya dapat meningkat kadar oksigen di dalam badan dan dapat meningkatkan prestasi pencapaian seorang itu. Tapi yang lebih penting produk ini telah mendapat persijilan Halal dari Jakim dan Sirim untuk kualiti kot.
Ni aku ader snap gambar penapis dari Coway yang siap dipasang di rumah aku. Apa yang lagi Cool setiap kali air keluar ia akan dipancarkan sekali dengan cahaya LED gempak tu. So mai la datang umah ku, pekena air RO dari Coway… ! Mau lagi secawan… ?
















about 2 months ago
as salam…maaf abg Blogger…sy ZULFIQRY COWAY..kalau ade sesiapa yg berminat nk mengetahui tentang produk COWAY,inform pd sy k!
019 451 3720-zulfiqry Coway