Review novel pada kali ni ialah Hanya Kau Kusayangi daripada penulisan Cahaya Izzati terbitan Buku Prima Sdn Bhd

Mengisahkan ANIS yang mempunyai seorang anak lelaki berumur 6 tahun iaitu Daniel yg sangat comey. Dia bekerja sebagai landscape designer pada usia yg sgt muda iaitu 24 tahun. Semua lelaki yg ingin mendekatinya menjauhkan diri apabila mengetahui bahawa Anis mempunyai seorang anak.

Heronya pulak TENGKU AIDIL EZZARY, abg kepada TENGKU AIRIL REDZUAN dan adik kepada TENGKU AMIR HUSAINI. Saat pertemuan hero & heroin ni bila Anis menghadiri kenduri kesyukuran di rumah Airil iaitu adik angkatnya dan blaja di Universiti yg sama. Aidil merupakan seorang lelaki yg workaholic dan tidak sempat untuk memikirkan mengenai cinta. Tup2 tertangkap cintan pandang pertama ngan Anis.

Dalam masa yg sama, TENGKU ALYA iaitu sepupu Aidil mencintai hero tetapi tak berbalas. Setiap hari Aidil berusaha untuk menagih cinta Anis tetapi tidak berbalas kerana Anis lebih mementingkan kebahagian Daniel. Anis ingin mencari seorang lelaki yg dapat menerima dirinya dan anaknya. Pertemuan demi pertemuan Anis dan Aidil telah menyebabkan anaknya telah memanggil Aidil “Papa”.

Akhirnya Anis dpt menerima Aidil setelah pelbagai usaha dibuat. Tengku Alya pula telah membuat pelbagai cara untuk memisahkan Aidil & Anis. Anis dan Airil telah difitnah bersekedudukan di sebuah hotel dan telah dilihat oleh Aidil dan Husaini. Perkahwinan yang ditetapkan telah tergugat disebabkan perkara ini tetapi tetap diteruskan. Aidil telah membawa diri tanpa kabar berita walaupun anis menerangkan bahawa ianya salah faham dan seseorang telah merancang untuk memisahkan mereka.

Husaini telah mengupah pegawai penyiasat dan terbukti ianya angkara seseorang. Aidil telah berbaik dengan Anis dan pernikahan pun dijalankan seperti yg dirancang. Rancangan terakhir Alya ialah dengan menculik Daniel. Akhirnya Daniel dpt diselamatkan oleh Aidil dan Alya telah disahkan lumpuh seluruh badan (padan muka,heheheheh). Bacalah cite ni and korang akan tau yg Alya ni mmg jahat nak mampos.

After 2 years…..Anis tengah pregnantkan anak Aidil..Hepy Ending…..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...