memang terbaek… !
Archive for June, 2011
NOVEL | PERGILAH AIR MATA
Jun 29th

Pergilah Air Mata merupakan karya Hanni Ramsul daripada penerbitan Kaki Novel. Jalan ceritanya bermula apabila…
Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina telah ditangkap berkalwat di dalam sebuah chalet di mana Sabrina telah masuk ke dalam bilik yg salah. Ini semua terjadi apabila kawan baik Sabrina yang telah merancang untuk menjatuhkan Sabrina akibat dengki. Kenaikan pangkat telah diambil alih oleh kawan baiknya dan dibuang kerja adalah nasib yg terpaksa ditanggung oleh Sabrina.
Malah lelaki yg dicintai iaitu Ikhmal juga cuba dipikat oleh kawannya. Keluarga Ikhmal membenci Sabrina di atas kejadian yg berlaku. Sabrina hanya mengikut kehendak ibubapa Badrul untuk dikahwinkan segera bagi menutup malu walaupun tanpa kerelaannya. Badrul pula menganggap ini helah Sabrina untuk berkahwin dengan orang yang berharta. Perkahwinan ini menjadi semakin mudah apabila Sabrina anak yatim piatu. Continue reading “NOVEL | PERGILAH AIR MATA” »
RESULT MALAYSIA VS TAIWAN [VIDEO]
Jun 29th

Tauhusumbat membawakan keputusan Malaysia vs Taiwan bagi kelayakan piala dunia 2014 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 29 Jun yang telah disaksikan lebih 50 ribu orang di stadiu,m dan berjuta² lagi peminat menonton dikaca tv.
Malaysia terlebih dahulu mendahului Taiwan dengan 1-0 jaringan Safiq Rahim pada minit ke 28 dan pada separuh masa kedua Malaysia menambah satu lagi jaringan menerusi Aidil Zafuan pada minit 55.
Taiwan memperoleh gol saguhati setelah berjaya memanfaatkan peluang terhidang menerusi satugerakan cantik pemain mereka dari tepi padang yang merupakan satu² sepakan tepat ke arah gol sepanjang permainan. Continue reading “RESULT MALAYSIA VS TAIWAN [VIDEO]” »
YOUTUBE & TOP 5 FAMOUS [VIDEO]
Jun 26th
Hujung minggu aku duduk umah jer dok ngadap depan pc layan tauhusumbat dan video youtube. So tergerakla nak shara cerita pasal penubuhan laman web youtube ni dan top 5 video paling famous setakat hari ni 26.June.2011.
Korang tau tak youtube ni telah ditubukan oleh Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim. Masa tu mereka merupakan staf company paypal. Pada mulanya youtube ni direka untuk mereka share video parti kat rumah si Steve Chen ni. Pada masa tu tiada satu pun medium yang share video secara online. Kat situlah terdetik idea penubuhan laman web youtube.
![]()
Video yang pertama sekali diupload kat youtube bertajuk Me at the zoo pada pukul 8:27 malam sabtu, April 23, 2005 oleh Jawed Karim. Video selama 19 saat ni telah menjadi salah satu sejarah dunia. Korang mesti tak pernah tengokkan..? So saksilah wahai korang semua video pertama di youtube
Telah berjuta² kot video telah diupload kat youtube ni dan paling famous atau top 5 yang paling banyak kali ditonton adalah seperti berikut. Continue reading “YOUTUBE & TOP 5 FAMOUS [VIDEO]” »
NOVEL |CINTA DARI ISTANA
Jun 26th
Semegah hikayat cinta dunia….sehebat itulah cinta beta buat dirinya…seorang putera raja rakyat biasa!
Cinta dari istana tentang seorang puteri raja telah melarikan diri dari istana apabila dipaksa berkahwin dengan pilihan ayahandanya. Puteri Mahkota Nur Shaafiah telah pergi ke sebuah rumah yang diduduki oleh seorang duda tanpa diketahui olehnya bahawa tersalah alamat. Dengan keyakinan yang ada, puteri itu telah menyamar diri sebagai rakyat biasa dan bekerja sebagai pengasuh anak kepada Ra’if Arjuna.
Menjadi pengasuh atau lebih tepat lagi sebagai orang gaji di rumah rakyat biasa itu merupakan satu penderitaan buat sang puteri. Dia tidak tahu membezakan apa itu sudip dan senduk, jadi bagaimana dia mahu menguruskan semuanya? Mujur saja dia bijak bermain dengan situasi sehingga dia kerap kali terselamat daripada bala yang dicipta oleh tuan rumah, Ra’if Arjuna. Ra’if pula merasakan bahawa pengasuh anaknya itu seorang yang berperangai pelik dan sering membuat hatinya terbuai. Continue reading “NOVEL |CINTA DARI ISTANA” »
NOVEL | AKU YANG KAU TINGGALKAN
Jun 26th
Sinopsis novel di tauhusumbat kali ni daripada penulis Nia Atirah terbitan KAKI NOVEL yang bertajuk Aku Yang Kau Tinggalkan. Semuanya bermula apabila…
Nia Atirah yang berkelulusan U terpaksa berkahwin dengan Zaril Ikhwan untuk melangsaikan hutang ayahnya dan menebus tanah yang telah digadaikan oleh ayahnya. Puan Zainun iaitu ibu Zaril telah meletakkan syarat akan melangsaikan semua hutang dan menebus tanah pusaka jika Nia sanggup berkahwin dengan anaknya yang lumpuh akibat kemalangan.
Nia terpaksa terima Qada’ dan Qadar walaupun cita-citanya terpaksa dilupakan. Sepanjang Nia menjaga Zaril, Zaril ibarat kayu kerana tidak pernah menghiraukan Nia ibarat di dunianya sendiri. Akhirnya Zaril dapat dipulihkan berkat usaha Nia dan melayari bahtera sebagai suami dan isteri. Ajal pertemuan di tangan Tuhan…Nia membawa diri ke bumi Turin akibat salah faham. Continue reading “NOVEL | AKU YANG KAU TINGGALKAN” »
NOVEL | SESUCI CINTA
Jun 26th
Tauhusumbat berbesar hati untuk ceritakan sikit pasal Novel Sesuci Cinta hasil coretan Aina Emir dan diterbitkan oleh Karnadya.
Cintaku sesuci nur yang terpancar di mata hatimu…..Nuraina yg belajar di sekolah agama telah menemui cintanya dengan Armand iaitu seorang lelaki yg terlalu merendah diri. Walaupun Armand telah melanjutkan pelajaran keluar Negara, dia selalu berhubung dengan kekasih hatinya Nuraina.
Sehinggalah Nuraina telah membawa diri ke luar Negara tanpa pengetahuan Armand di atas desakan ibu Armand iaitu Puan Sri Marshitah utk memutuskan hubungan dengan anaknya kerana perbezaan darjat. Nuraina telah mengambil jurusan fashion designer di London. Continue reading “NOVEL | SESUCI CINTA” »
IPAD DIGI PLAN
Jun 26th

Digi telah melancar ipad Digi plan untuk pengguna ipad di Malaysia. Ini adalah kali pertama plan untuk ipad dilancar oleh Digi yang sebelum ini dimonopoli oleh Maxis.
ipad Digi plan menyediakan 3 data plan untuk semua pengguna bermula dari Continue reading “IPAD DIGI PLAN” »
SEPAH JUARA MAHARAJA LAWAK
Jun 25th

OMG OMG Akhirnya tamatla pertandingan raja antara raja lawak apabila kumpulan Sepah di martabatkan sebagai juara Maharaja Lawak dan pulang dengan hadiah wang tunai sebanyak RM 350K. Keseluruhannya memang sepah yang terbaik dengan persembahan setiap minggu yang mantop dan untuk persembahan pada final pula memang tidak mengecewakan terutama persembahan kedua. Buat kasi orang pecah perut ma. Tahniah buat Sepah. Continue reading “SEPAH JUARA MAHARAJA LAWAK” »








