Posted by HANTUNOVEL in NOVEL | 5,525 views
Novel ni ditulis oleh Suri Ryana, Keluaran Kaki Novel.
Demi rasa cinta yang dikurniakan Ilahi, aku terus rela menjadi isterinya…walaupun hanya isteri separuh masa
Medina Izwani seorang anak yatim piatu dan menjadi anak angkat kepada keluarga Nazrin Shah. Medina dan Nazrin memang rapat tapi disebabkan dendam Nazrin mengisytiharkan perang dengan adik angkatnya Medina. Ia berpunca daripada Medina yang memberitahu mama dan papa Nazrin tentang kecurangan kekasih Nazrin iaitu Zita. Mama dan papaya tidak menerima Zita sebagai menantu.
Dendam Nazrin terhadap Medina bertambah dalam bila neneknya berkeras ingin mereka berdua berkahwin sebelum Nazrin lanjutkan pelajarannya ke London. Medina pula terpaksa melupakan cintanya terhadap Megat Syazril dan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran ke Ireland terpaksa dikuburkan.
Nazrin dan Medina bersetuju dalam terpaksa untuk menjaga hati nenek mereka. Continue reading “NOVEL | ISTERI SEPARUH MASA” »
Posted by HANTUNOVEL in NOVEL | 6,660 views
Novel ni ditulis oleh Airisz, Keluaran KaryaSeni.

Untuk hidup berdua, haruslah setia…
Citer ni best dan sesuai dengan tajuk….
Intan Asnidar a.k.a Cik Bunga dan Harris Isqandar a.k.a Encik Sombong. Dua2 terjumpa secara tak sengaja dan bertunang secara tak sengaja. Harris minta Intan untuk gantikan tempat tunangnya iaitu Erny Humairah. Intan yg terkejut terus setuju dengan tawaran RM50k.
Intan agak menarik dan kerja di kedai bunga. Harris pulak memang hensem dan sentiasa serius. Datin Nora terpaksa terima Intan untuk selamatkan maruah Harris yang ditinggalkan Erny pada saat akhir. Harris melayan Intan seperti mereka memang sedang bercinta dan memang sweet. Intan semakin suka dengan layanan Harris tapi dia sentiasa beringat yang dia hanya gantikan Erny.
Dugaan mula datang bila Erny muncul dan ingin semula bersama Harris. Continue reading “NOVEL | CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG” »
Posted by HANTUNOVEL in NOVEL | 6,910 views
Penulis oleh Umi Kalsom, keluaran Karyaseni

Dalam banyak-banyak perempuan dalam Malaysia ini, kenapa budak kampung itu juga yang jadi pilihan hati mummy?!
PERKAHWINAN yang diatur oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila mengetahui siapa calon yang disebut oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampong itu?! Tidak mungkin.
Hahahah Ashraf Khairi sepupu dengan Ainnur dan sejak kecik lagi dia memang tidak sukakan Ainnur. Hanya kata cacian dan kutukan sahaja yg keluar dari mulut Ashraf bile bersama Ainnur. Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekan Ashraf telah menerima pinangan dari mummy Ashraf. Dia ingin mengajar Ashraf yang sombong dan bongkak ni.
Identitinya yang belajar hingga keluar Negara dan bekerja sebagai cikgu bahasa inggeris di rahsiakan dari pengetahuan Ashraf. Dia ingin Ashraf jatuh cinta pada budak kampong yang dikatakan kolot dan tiada pendidikan. Dia berpakat dengan bakal mentuanya Puan Mazlin… Continue reading “NOVEL | KAMPUNG GIRL” »
Posted by HANTUNOVEL in NOVEL | 7,544 views
oleh penulis Phidot keluaran SR Publication.
Bila hot chocolate dibasahi watermelon juice…Terbit perasaan cinta yang tiada tandingannya…..
novel ni best dan patut dibeli!!!!
Edasha Hanie yang berpewatakan sederhana, sembunyikan identiti sebagai cucu jutawan dan sentiasa merendahkan diri. Dia selalu disindir sebagai perempuan kampong oleh Emma yang sama belajar di Park Choi College. Walau sering dihina sebagai orang miskin, dia tetap bersabar kerana dia tahu status sebenarnya.
Tengku Eismael Malik digelar sebagai Prince No smile..hahahah sebab mukanya selalu serius dan alergik dengan pompuan. Dia menjadi kegilaan pelajar perempuan di kolej itu termasuk Emma yg perasan cantik. Eis yang sering berjumpa dengan Edasha secara xsengaja mula terpikat dengan perangai Edasha yang berani. Edasha juga mula sukakan Price No Smile.
Semasa Eis ingin luahkan perasaan cintanya pada Edasha sesuatu telah terjadi……….. Continue reading “NOVEL | RIBUTNYA CINTA” »
Posted by HANTUNOVEL in NOVEL | 4,331 views
Novel karya oleh Rina Farizq, Keluaran Kaki Novel

“Dia bukan mencari seorang perempuan
sehebat Siti Khadijah, tetapi cukuplah seorang
juwita yang sudi hidup bersama sepanjang
hayatnya dan Akukah Juwita itu?”
Minah binti Temon…hahhaha klakar tul nama heroin ni. Tapi sangat manis dan cantik serta jadi rebutan jejaka kampong. Dia cuma gadis kampong tetapi caranya mudah mendapat perhatian sesiapa yang mendekatinya.
Muhammad Aqil…antara jejaka kampong yang cintakan Minah. Aqil pula menjadi rebutan gadis2 kampung. Hensem, kelulusan luar Negara dan lelaki yang sering naikkan kemarahan Minah sejak di bangku sekolah. Aqil gelarkan Minah sebagai Timun dan Minah gelarkan Aqil sebagai Gaban.
Tengku Lutfi Ukail…haha sangat hensem, berkaliber sebagai CEO sebuah hotel, seorang yang berbangga diri dan sombong(hanya dengan Minah), dia juga antara lelaki yang sering naikkan kemarahan Minah tapi memang sweet.
Tengku Rifki…sepupu Ukail, hensem tapi Ukail lebih sikit hahah, pilot, memang suka buat lawak dan juga antara lelaki yang naikkan kemarahan Minah dengan perangai yang xpernah serius. Jejaka pertama yang buatkan Minah rasa kecewa dalam cinta…jom… Continue reading “NOVEL | AKUKAH JUWITA?” »
Posted by HANTUNOVEL in NOVEL | 6,821 views
Karya oleh Hani Fazuha, Keluaran oleh Alaf 21
Zhafran Daniel dan Lyana Amira adalah sahabat baik sejak dibangku sekolah sehinggalah ke Universiti. Mereka memang tak bleh pisah dan segala baik buruk diri masing2 bukan lagi rahsia. Keluarga masing2 juga amat rapat sebab tinggal di taman yg sama.
Zhafran perangai macam Hitler yang suka memaksa Lyana mengikut kata hatinya. Lyana sering mengalah dengan sikap Zhafran sehinggalah Lyana mempunyai perasaan cinta pada Zhafran. Zhafran yg tidak tahu perasaan Lyana padanya mula bercinta dengan Nurin. Nurin adalah sepupu Lyana yg dibawa oleh mama Lyana untuk tinggal bersama apabila Nurin menjadi yatim piatu.
Lyana yang sering terluka dengan hubungan cinta Zhafran dan Nurin bertambah kritikal bila mendapat tahu yang Zhafran akan merisik Nurin. Dia terasa hati dengan mamanya apabila lebihkan Nurin dari dirinya. Dia cuba menjarakkan diri dari Zhafran yg berstatus tunangan orang dengan mendekati Izwan. Izwan adalah playboy besar di U tersebut. Zhafran sering nasihatkan Lyana untuk jauhi Izwan sehinggalah Lyana hampir dirogol oleh Izwan. Zhafran yg jadi hero selamat kan Lyana. Sikap caring dia tu yg best. Continue reading “NOVEL | HATI KALA CINTA” »
Posted by HANTUNOVEL in NOVEL | 4,982 views
Novel ini ditulis oleh Siti Rosmizah, Keluaran SR Publication.
Silap aku juga, Kerana jatuh cinta Insan sepertimu, Seanggun bidadari, Seharusnya aku,
Cerminkan diriku, Sebelum tirai kamar aku buka, Untuk mengintaimu…
Memang sedih cite ni dan memang best….
Khuzairi..memang penyabar, hormat orang tua dan best. Dia membuka klinik dengan kawan baiknya Zaidi dan ada ladang ternakan kambing. Mia Adriana…degil, tak hormat orang, kurang ajar dan amat2 menyakitkan hati. Kerja sebagai Lawyer di syarikat papanya.
Khuzairi yang memang cintai Mia dalam diam telah diminta menjadi pak sanggup oleh papa Mia. Dia diminta menikahi Mia untuk gantikan Khalil iaitu tunang Mia yang larikan diri akibat hutang. Mia yang memang benci dengan Khuzairi sejak sekolah bertambah benci dengan persetujuan Khuzairi. Mia yang sombong dan bangga diri dengan kekayaan tidak dapat terima Khuzairi yg miskin.
Papa Mia meninggal dunia dan jatuh muflis akibat Khalil yg tak bayar hutang pada Mia. Mama Mia iaitu Puan Hayati yg telah bercerai dengan papanya ingin membawa lari Mia ke Australia. Mia berjaya dihalang oleh Khuzairi atas bantuan ibu tiri Mia iaitu Puan Roziah. Khuzairi pakai kuasa suami untuk paksa Mia ikutnya balik kampong. Continue reading “NOVEL | 7 HARI MENCINTAIKU” »
Posted by TAUHUSUMBAT in FILEM | 277 views
Songlap yang diterbitkan oleh Grand Brilliance dengan kerjasama Red Films itu membariskan barisan pelakon hebat dan mantap antaranya Shaheizy Sam, Syafie Naswip, Sara Ali, Omar Abdullah, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Rozie Rashid dan ramai lagi.
Keunikan filem ini terletak kepada isu pemerdagangan manusia yang telah lama bergiat tanpa disedari masyarakat dikupas menjadi bentuk visual bagi membuka mata penonton. Filem ini amat sesuai ditonton oleh semua bangsa kerana mesej yang ingin disampaikan oleh pasangan pengarah Effende Mazlan dan Azlina Isahak pasti dapat dihayati dan difahami oleh semua.
Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.
Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza, AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.
